
Utusan 22 Februari 2010 - Sumber di sini USM tubuh kampus di India
KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) melakar satu lagi sejarah dalam perkembangannya sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan merintis penubuhan kampus cawangan di luar negara.
Kampus di Universiti Perubatan Jawaharlal Nehru di Belgaum, India itu buat permulaan akan menampung kira-kira 100 penuntut perubatan dari Malaysia untuk melanjutkan pengajian di universiti itu Julai ini.

Selain itu katanya, ia juga akan dapat memperkenalkan kurikulum pembelajarannya di peringkat antarabangsa dalam menarik tumpuan pelajar asing pada masa depan.

''Mereka yang ingin melanjutkan pengajian di kampus berkenaan boleh membuat permohonan melalui iklan yang akan dikeluarkan oleh USM tidak lama lagi," katanya.
Katanya, mereka yang mengambil bidang perubatan di kampus berkenaan memerlukan kira-kira RM350,000 bagi tempoh pengajian selama lima tahun.
Dzulkifli memberitahu, dengan penubuhan kampus itu juga, menjadikan USM satu-satu IPTA di negara ini yang mempunyai kampus di luar negara.

Beliau memberitahu, kampus cawangan bertaraf antarabangsa itu mampu ditubuhkan setelah USM menerima pelawaan daripada universiti berkenaan yang kagum dengan keunikan kurikulum bersepadu yang dilaksanakan.
''Pelawaan itu diterima kerana ia juga merupakan sebahagian usaha dalam memartabatkan USM sebagai universiti APEX menjelang 2013," katanya.
Katanya, semua prasarana termasuk penginapan diuruskan oleh universiti itu dan USM hanya menghantar beberapa warga kerja bagi memantau pelaksanaan kurikulum berkenaan.
Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu, setakat ini USM mempunyai empat kampus cawangan yang mampu menempatkan kira-kira 30,000 penuntut.
ULASAN :
Kalau sebelum ini Univ. Lim Kok Wing sebagai IPT Malaysia pertama berjaya membuka cawangan di luar negara kejayaan USM sebagai IPT Awam Malaysia pertama berjaya membuka cawangan di luar negara harus dibanggakan. Banyak pihak beranggapan mengurus di dalam sektor Awam menyukarkan untuk kita berkreativiti dan mengambil langkah berani serta terkehadapan dengan alasan sentiasa mendapat kekangan dari pelbagai sudut.
USM membuktikan sebaliknya kerana bagi saya langkah ini merupakan satu langkah yang berani, kreatif dan terkehadapan dalam mentransformasikan sektor pendidikan tinggi Awam yang selama ini warganya dibayangi pemikiran lama yang mana merupakan salah satu halangan untuk kita berlari terus kehadapan. Kejayaan ini harus diambil contoh rakan-rakan kita di USIM.
Ini bukan lagi masanya untuk kita harus mengorak langkah satu persatu merangkak dan bertatih barulah nak berjalan dan berlari. Sebagai pentadbir kita harus menyegerakan kematangan organisasi kita dengan memendekkan setiap fasa pembangunan agar kita dapat segara berlari dan bersaing dengan rakan-rakan kita IPT lain.
Alasan kita sebagai sebuah universiti baru sudah tidak relevan lagi kerana 'stakeholder' menilai kita melalui pencapaian dan prestasi sebenar kita kerana dengan memberikan alasan menandakan kelemahan kita dalam mengurus. Zaman sekarang merupakan zaman pengukuran kejayaan berdasarkan 'result oriented' dan ini merupakan satu cabaran yang harus kita ambil serius demi memartabatkan USIM sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi yang tersohor.
"PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"
USIM pun boleh buka cawangan luar negara.. kat negara Arab.... nanti kita boleh kerja sana lah...
ReplyDeletesaya setuju... tp kena kursus dgn utz murshadad he he he nak memfasihkan lagi komunikasi bahasa arab....
ReplyDelete