Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Tuesday, February 23, 2010
PUSAT RAWATAN TRADISIONAL USM
Sumber berita Utusan 22 Februari 2010 - Rujuk Di Sini
KOTA BHARU 21 Feb. - Universiti Sains Malaysia (USM) mengorak langkah menubuhkan pusat rawatan tradisional berteraskan Islam bagi menyediakan rawatan alternatif terhadap penyakit
Pengarah Pusat Islam USM, Prof. Madya Nasiron Mohd. Salleh berkata, pusat rawatan dikendalikan pihaknya itu di kampus Pulau Pinang sejak Januari lalu merupakan usaha memartabatkan kaedah rawatan yang masih terpinggir itu.
Katanya, banyak kes pesakit mengadu terseksa akibat kesakitan fizikal dan rohani tetapi tidak dapat diketahui puncanya.
yang tidak dapat dikesan dan diubati melalui kaedah moden dan saintifik.
Justeru, katanya, kaedah perubatan Islam boleh diikhtiarkan bersama rawatan moden.
"Saya jumpa ramai pengamal perubatan Islam yang beritahu sering ditohmah dengan pelbagai sindiran daripada kalangan yang sangsi dengan rawatan bukan saintifik.
"Jadi sekarang kita ambil inisiatif mengangkat dan mengembangkannya ke institusi pengajian tinggi bagi memberi imej baru dengan kaitan aspek ilmiah," ujarnya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penyakit Gangguan Jin dan Makhluk anjuran Pusat Islam Kampus Kesihatan USM dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) di Dewan Utama USM Kubang Kerian di sini semalam.
Lebih 500 peserta yang terdiri daripada pelajar, pegawai perubatan, kakitangan hospital dan orang awam hadir mengikuti seminar sehari itu.
Hadir sama Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM, Dr. Wan Nudri Wan Daud dan wakil Pengarah Jaheik, Mohd. Suhaimi Mohamed.
Tiga kertas kerja dibentangkan Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Selangor, Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi dan wakil daripada Persatuan Kebajikan dan Perubatan Islam Malaysia (Darus Syifa') cawangan Kelantan, Zaki Ya.
Nasiron berkata, pusat rawatan tradisional itu dikendalikan pegawainya sendiri dan mempunyai empat pembantu khusus dan ia akan dikembangkan di kampus USM di sini pada masa akan datang.
Katanya, walaupun pusat rawatan di kampus Pulau Pinang itu hanya dilancarkan awal Mac ini, sudah ramai yang datang mengunjungi dan mendapat rawatan di situ tidak kira kakitangan USM sendiri atau orang luar termasuk golongan atasan.
Menurut beliau, kecanggihan dalam rawatan moden mampu merawat pelbagai penyakit kronik namun ia mempunyai keterbatasan dalam merawat penyakit berkaitan rohani.
"Penyakit yang berpunca daripada gangguan halus adalah sesuatu yang nyata berlaku dalam masyarakat dan kita tidak perlu berasa malu dan mahu menyembunyikannya.
"Rawatan yang menggunakan doa dan ayat al-Quran bukan saja bertujuan menyembuhkan daripada gangguan bahkan mempunyai objektif mentarbiah agar masyarakat kembali kepada landasan agama," katanya.
Katanya, jumlah doktor dan pakar perubatan yang ramai di sini, beliau percaya pusat serupa akan lebih cepat berkembang lebih-lebih lagi dengan adanya kluster perubatan komplimentari yang membuat kajian tentangnya.
Jelasnya, sudah ada cadangan kemasukan rawatan alternatif sebagai salah satu sukatan dalam pembelajaran jurusan perubatan cuma pelaksanaannya akan mengambil masa.
"Buat masa ini, pihak universiti akan mengambil inisiatif merakam seminar seperti hari ini contohnya dan pelajar boleh mengaksesnya sebagai sebahagian proses e-pembelajaran.
"Sebenarnya ramai pakar perubatan sudah menyedari dan yakin apabila digabungkan rawatan moden dengan rawatan Islam, proses penyembuhan pesakit sebenarnya akan menjadi lebih cepat dan mujarab kerana ayat al-Quran itu sendiri adalah penyembuh," katanya.
Ulasan :
Seperti biasa pihak USM berjaya berfikir di luar kotak dan sensitif diatas keperluan masyarakat semasa yang memerlukan kaedah rawatan alternatif berteraskan Islam. USM telah mengangkat pengamal perubatan Islam ke tempat yang sepatutnya dan mudah-mudahan usaha ini akan dibantu Allah SWT.
Usaha ini bagi saya merupakan satu peneguhan dan sebagai usaha mengukuhkan Islam dikalangan masyarkat kerana adalah lebih baik pesakit ke pusat rawatan alternatif Islam seperti ini daripada pergi bertemu dukun, bomoh dan tukang tilik yang mengamalkan ilmu yang tidak selari dengan ajaran islam atau syirik.
Tahniah dan moga rakan-rakan pembuat dasar dan pemikir di USIM turut dapat berfikir di luar kotak seterusnya membangunkan sesuatu yang membanggakan.
"PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment