Salam Ukhwah,
Salam 1Malaysia,

Pada 26 Januari lalu PRAGMATIS USIM telah menghantar beberapa ahli untuk hadir ke program Public Talk with World Memory Expert : Ron White yang diadakan di UNITAR. Seramai 12 ahli PRAGMATIS USIM hadir dan mendengar ceramah hampir 3 jam berkenaan teori dan kaedah mempertingkatkan ingatan.

Yang pasti kami hadirin begitu teruja dan kagum apabila beliau mempamerkan kehebatannya mengingat 50 nama orang peserta dengan hanya 5 saat perkenalan. Kemudian beliau meminta penonton memberikan 25 angka 2 digit yang berbeza. Selepas 1 minit, beliau sebutkan semula digit-digit yang diberikan tadi dengan lancar mengikut turutan dari awal hingga akhir dan dari akhir ke awalnya. beliau juga dapat mengingati digit yang berapa di kedudukan/turutan yang dipinta.


Teori yang amat mudah yang harus kita amalkan untuk menjadi sehebat Ron White :-

Semoga dengan kehadiran ke program ini, rakan-rakan yang hadir turut sama dapat berkongsikan pengalaman bersama rakan sepejabat agar ilmu itu dapat disebarkan untuk manfaat bersama. Kepada Ahli Pragmatis yang lain, InsyaAllah kita akan mengaturkan siri-siri lain agar ahli-ahli dapat hadir ke program sebegini dan apa bila iklan/ tawaran ke program sebegini diwar-warkan segeralah mengesahkan kehadiran kerana tempat agak terhad.
'PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan'
* Nota : Gambar dan pengisian ihsan webpages sahabat kita Encik Hariri Daud - di www.hariridaud.com
tak sangka hensem jugak akashah... he he he jgn mara... klu ada program lagi war-warkan la dlm webmail macam best je korang pergi
ReplyDelete