Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, October 11, 2012

BENGKEL SISTEM SARAAN UNIVERSITI (SSU)

Pada 7 hingga 8 Oktober 2012 lalu bertempat di Klana Resort, Seremban telah berlangsung Bengkel Skim Perkhidmatan Di Universiti (SSU) - IPT. Bengkel ini dihadiri oleh Urusetia SSU, wakil-wakil Persatuan dan Kesatuan Kakitangan Universiti yang terdiri dari MASTI dan GAKUM serta kehadiran Pendaftar UPM YBhg. Dato’ Wan Azman Wan Omar dan Presiden CUEPACS Datuk Haji Omar Osman.

MASTI telah diwakili rakan-rakan WAKIL persatuan pegawai tadbir dan ikhtisas dari USIM (urusetia MASTI), UKM, UMS, UPSI, UTM, UiTM, UPM.

Pihak Urusetia SSU telah membentangkan draf cadangan SSU dan menerusi bengkel ini MASTI dan GAKUM telah memberikan maklum balas dan cadangan terhadap draf cadangan SSU ini. Beberapa cadangan MASTI dan PRAGMATIS menerusi memorandum dahulu telah diambil kira dalam pembangunan SSU ini namun dilihat masih belum mencukupi.

Sehingga kini MASTI dan GAKUM meminta dan menggesa agar pihak Urusetia SSU membenarkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan terus disalurkan walaupun selepas bengkel ini kerana tempoh masa singkat yang diberikan untuk meneliti draf cadangan SSU ini. Selain itu pihak MASTI dan GAKUM dilibatkan secara terus dengan gerak kerja pembangunan SSU ini agar dapat memastikan kebajikan dan kepentingan Kakitangan Universiti dapat dipertingkatkan.

Semoga usaha PRAGMATIS dan MASTI  dalam memastikan kebajikan dan kepentingan Kakitangan Universiti dapat dipertingkatkan menerusi penglibatan dalam pembangunan SSU ini mendapat sokongan semua.

 

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011