SEREMBAN 13 Mac - Institut Quran Braille (IQBraille) akan ditubuhkan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan matlamat untuk muncul sebagai sebuah pusat kecemerlangan di universiti tersebut.
Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Dr. Muhamad Muda berkata, IQBraille ditubuhkan atas rasa tanggungjawab USIM dalam memartabatkan pendidikan Islam bagi orang kurang upaya (OKU) terutama kepada mereka yang mengalami masalah penglihatan.
"Ini secara tidak langsung akan menggalakkan kerjasama semua pihak dalam melakukan penyelidikan dan perkhidmatan berasaskan tanggungjawab sosial masyarakat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di sini semalam.
MOU itu bertujuan memberi tumpuan kepada penyelidikan dan perkhidmatan kepada OKU Penglihatan dalam bidang pengajian Islam.
Ia ditandatangani antara USIM, Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (PERTIS) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada majlis itu juga, USIM menyerahkan naskhah Iqra' versi braille kepada tiga Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Penglihatan iaitu SKPK Jalan Batu, Kuala Lumpur, SKPK Princess Elizabeth, Johor dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, SKPK Seremban.
Turut hadir, Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali; Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM, Profesor Dr. Roslan Abdul Rahman; Yang Dipertua PERTIS, Zakaria Yahya dan Setiausaha Dewan Negara, Parlimen Malaysia, Datuk Zamani Sulaiman yang juga Penasihat PERTIS.
Dr. Muhamad berkata, PERTIS merupakan badan yang bertanggungjawab memperkenalkan penulisan al-Quran braille berkomputer, di samping melatih pensyarah Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), USIM menyampaikan kandungan pengajaran al-Quran dalam bentuk tulisan braille.
Sementara itu, kumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UTM adalah bertanggungjawab menghasilkan Panel al-Quran Braille Elektronik (eBraille al-Quran) bagi memudahkan pembacaan dan pengajaran kitab suci itu.
Beliau berkata, kebanyakan tenaga pengajar di IQBraille terdiri daripada pensyarah celik penglihatan dan mampu mengajar teknik eBraille al-Quran.
"USIM menawarkan kursus Aplikasi Braille dalam Pengajian al-Quran dan Sunnah kepada mahasiswa FPQS bermula 2007," katanya.
KOLEKSI BERITA USIM
- 1. USIM akan tubuh IQBraille
- USIM akan tubuh IQBraille. Oleh NOOR HANIS HARUN utusanN9@utusan.com.my. Muhamad Muda (tengah) memegang dokumen memorandum persefahaman bersama (dari kiri) Zamani Sulaiman, Zakaria Yahya, Roslan Abdul Rahman dan Muhammad Haizuan Rozali di Seremban, kelmarin. - BERNAMASEREMBAN 13 Mac - Institut Quran Braille (IQBraill
utusan_malaysia/Selatan - 14/03/2012 - 2. UTM, USIM dan Pertis bekerjasama menghasilan al-Quran braille
- UTM, USIM dan Pertis bekerjasama menghasilan al-Quran braille 12/03/2012 8:54pm. NILAI 12 Mac — Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan bekerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Orang-Orang Cacat Islam Malaysia (Pertis) bagi menghasilkan al-Quran dalSatu memorandum persefaha
utusan_malaysia/Terkini - 12/03/2012 - 3. Skim i-Huffaz galak penuntut USIM hafaz al-Quran
- Skim i-Huffaz galak penuntut USIM hafaz al-Quran. SEREMBAN 6 Mac - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif meneruskan Skim Insentif Huffaz Quran (i-Huffaz) ke arah melahirkan lebih ramai penghafaz al-Quran khususnya dalam kalangan penuntutnya.Lebih membanggakan, i-Huffaz yang diperkenalkan se
utusan_malaysia/Selatan - 07/03/2012 - 4. Tahap pengetahuan perbankan Islam perlu ditingkatkan
- Tahap pengetahuan perbankan Islam perlu ditingkatkan. OLEH DR. AMIR SHAHARUDDIN PENULIS ialah Timbalan Dekan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dan Ahli Jawatankuasa Syariah, RHB IslamikINSTITUSI perbankan Islam di negara kita sekali lagi menerima kritikan. Kali ini berpunca daripada seorang pelanggan sebuah i
utusan_malaysia/Rencana - 07/03/2012 - 5. 150 Orang Asli sertai program lawatan sehari ke USIM
- 150 Orang Asli sertai program lawatan sehari ke USIM. 290212-nss-HelloAsliUsim. Helo Kampus. pg ns/melaka). 150 Orang Asli lawat USIM. MOHAMMAD YASIR JAAFAR/pix (aai)rh. SEREMBAN 28 Feb. - Seramai 150 masyarakat Orang Asli Kampung Langkap Dangi, Jempol, dekat sini menyertai program lawatan sehari ke Universiti Sains Is
utusan_malaysia/Selatan - 29/02/2012 - 6. USIM pilih 16 sekolah kluster, angkat
- USIM pilih 16 sekolah kluster, angkat. Dr. Muhamad Muda (depan lima dari kiri) bersama pengetua sekolah kluster dan sekolah angkat selepas majlis penyampaian watikah pelantikan di USIM, Nilai, Negeri Sembilan,baru-baru ini.SEREMBAN 28 Feb. - Sebanyak 16 sekolah menengah terpilih menerima watikah p
utusan_malaysia/Selatan - 29/02/2012
- 11. Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM
- Tuanku Ampuan Besar NS lawat USIM. Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud (tiga dari kanan) berkenan meninjau Studio Radio USIM ketika melawat Universiti Sains Islam Malaysia di Nilai, semalam. Turut hadir Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tuanku Muhriz dan Tunku Datuk Nazihan TunkSEREMBAN 25 Jan. - Tunku
utusan_malaysia/Selatan - 26/01/2012 - 12. Pelajar sekolah sertai Program Selangkah ke USIM
- Pelajar sekolah sertai Program Selangkah ke USIM. Sebahagian daripada 30 pelajar sekolah kluster dan sekolah angkat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil bahagian dalam Program Selangkah ke USIM di Kampus USIM, Nilai, dekat Seremban, baru-baru ini.SEREMBAN 3 Jan. - Seramai 30 pelajar sekolah klust
utusan_malaysia/Selatan - 04/01/2012 - 13. USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa
- USIM sediakan zon belajar dengan WiFi untuk mahasiswa. SEREMBAN 27 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil langkah proaktif untuk menambah kemudahan bagi penuntutnya dengan mewujudkan Zon Belajar 24 Jam yang dilengkapi dengan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) di kampusnya di Nil
utusan_malaysia/Selatan - 28/12/2011 - 14. USIM destinasi ke-4 disinggahi program promosi derma organ
- USIM destinasi ke-4 disinggahi program promosi derma organ. Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni, Profesor Datuk Dr. Mohamed Asin Dollah (kanan) melepaskan peserta Walkaton Jelajah Kempen Pendermaan Organ di USIM, Seremban, baru-baru ini.SEREMBAN 20 Dis. - Universiti Sains Islam Malaysia
utusan_malaysia/Selatan - 21/12/2011 - 15. Amal jariah dan menyebarluas peranan YaPEIM
- Amal jariah dan menyebarluas peranan YaPEIM. Oleh SITI SURIANI OTHMAN PENULIS ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Bandar Baru Nilai.BERSEDEKAH amalan dituntut Islam. Ia bukan hanya dapat membantu golongan memerlukan, bahkan, seperti yang diriwayatkan dalam
utusan_malaysia/Rencana - 20/12/2011 - 16. Jelajah promosi derma organ
- Jelajah promosi derma organ. SEREMBAN 13 Dis. - Jabatan Kesihatan negeri dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan mengadakan Jelajah Promosi Pendermaan Siri 4/2011 yang akan diadakan di Dewan Kuliah Pusat 3, USIM dekat sini pada Khamis ini.Ketua Penolong Pengarah Bahagian Promosi Kesihatan
utusan_malaysia/Selatan - 14/12/2011 - 17. Terpukau lihat kecekapan minda kanak-kanak selesai soalan matematik
- Terpukau lihat kecekapan minda kanak-kanak selesai soalan matematik. KUALA LUMPUR 12 Dis. - Pantas mencongak soalan matematik yang diberikan secara spontan dan mampu menghafal 15 jenis perkataan dalam masa tidak sampai satu minit.Inilah aksi-aksi kanak-kanak yang menyertai program Permata Insan pada Eksp
utusan_malaysia/Dalam_Negeri - 13/12/2011 - 18. Emosi kerohanian di USIM
- Emosi kerohanian di USIM. Oleh SYED MUSSADDAD MAHDI & MOHD. RASDAN AHMAD Foto NOORADZRENE MOHD NOOR & FATAH SULAIMAN. DENGAN tema konsert kerohanian, barisan artis yang kami tampilkan juga begitu istimewa memandangkan Konsert Pancaindera diadakan di Stadium Tertutup Nilai minggu lalu sempena dengan Fiesta Konvokesyen
utusan_malaysia/Hiburan - 11/12/2011 - 19. Menjana cendekiawan Islam-Permata Insan
- Menjana cendekiawan Islam-Permata Insan. Oleh MD. AZRIN ROSLY pengarang@utusan.com.my. Dalam usaha melahirkan cendekiawan Islam tersohor dunia seperti Al-Farabi, Ibnu Sina dan Imam Al- Ghazali sebuah program telah dibangunkan iaitu Permata Insan.Program tersebut merupakan salah satu rancangan di
utusan_malaysia/Rencana - 09/12/2011 - 20. Isteri pendorong Mohd. Shahrul Faizie
- Isteri pendorong Mohd. Shahrul Faizie. PUTRAJAYA 3 Dis. - Dorongan isteri memberi semangat kepada Mohd. Shahrul Faizie Zaini untuk berjaya dalam pelajaran sehingga berjaya menerima Anugerah Pelajaran Diraja pada majlis konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Kesembilan di sini Graduan Ijazah Sarjana Mu
utusan_malaysia/Kampus - 04/12/2011
No comments:
Post a Comment