Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Friday, February 18, 2011

MINDA PENDAFTAR 2/2011 : USIM KE ARAH UNIVERSITI AUTONOMI

MINDA PENDAFTAR 2/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

.










.
Merujuk pelan strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang digubal untuk meningkatkan kualiti, daya saing, kreativiti dan inovasi pengajian tinggi Negara, ternyata bagi menjayakannya pelan ini memerlukan perkhidmatan yang kompetitif kalangan kumpulan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas. Bagi Universiti-universiti terkemuka dunia antara ciri-ciri kejayaan mereka ialah mengekalkan staf yang terbaik yang dapat menyumbang kepada pencapaian matlamat signifikan masing-masing. Kalangan Staf bukan akademik, daya rangsang untuk mereka bekerja dengan cemerlang bukan sahaja dengan membangunkan motivasi dan penghargaan kendiri semata-mata tetapi ruang mobiliti kerjaya untuk mereka juga mestilah terbaik.

.

Menyedari perihal yang sedemikian, Sekretariat Pendaftar-Pendaftar IPTA sedang berusaha membuat cadangan penambahbaikan skim perkhidmatan staf bukan akademik di Universiti-universiti Awam Negara ini. Jika kita benar-benar mahu menjadikan negara ini sebagai hub kecemerlangan pengajian tinggi negara semua kumpulan perkhidmatan awam IPTA iaitu kumpulan akademik, pengurusan dan professional dan sokongan perlu terlibat dalam penambahbaikan skim perkhidmatan. Jika tumpuan penambahbaikan kepada skim perkhidmatan tertentu sahaja, akan berlakunya ketidakseimbangan kompetensi warga IPTA yang ingin memacu pelan strategik PSPTN.
.

Menurut laporan oleh Sekretariat tersebut sehingga tahun 2010, sebanyak 20 buah Universiti awam telah diwujudkan dengan jumlah staf seramai 67,508 orang. Dari jumlah ini seramai 108 bagi kumpulan pengurusan tertinggi, 6,009 bagi kumpulan pengurusan dan professional, 27,984 kumpulan akademik dan 33,407 terdiri dari kumpulan sokongan. Ini memperlihatkan struktur di Universiti berbentuk ‘hour glass’ di mana kumpulan akademik dan sokongan lebih ramai berbanding kumpulan pengurusan & profesional. Ini berbeza dengan agensi kerajaan yang lain yang lazimnya berbentuk pyramid.


Justeru, saya berharap Semua Pegawai Tadbir dan Ikhtisas akan bersama dengan gagasan cadangan ini bagi mencari autonomi dalam urusan perlantikan dan kenaikan pangkat yang perlu disesuaikan dengan tanggungjawab dan peranan Universiti yang kian berkembang. Aspek yang lebih penting ialah bagaimana laluan kerjaya itu dapat memotivasikan staf melalui kemudahan dan insentif yang sesuai dan dapat meningkatkan prestasi.

Selain daripada itu, skim yang dicadangkan untuk pegemaskinian ini akan terus menarik dan mengekalkan (talent) yang terbaik dalam perkhidmatan Universiti. Kelompok staf yang berada dalam pelan penggantian akan sentiasa mempunyai ruang untuk meningkatkan kerjaya dan sekali gus akan menghindarkan pengaliran keluar (brain drain) bakat berpotensi. Ketika kita mengusahakan penambahbaikan ini, marilah secara bersama untuk terus memberikan yang terbaik untuk hasilan kerja yang bermutu dalam memperlihatkan kita berasa dalam kelas yang yang hebat dan tersendiri.


Sekian, wassalam

18 Februari 2011 / 15 Rabiul Awal 1432
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011