Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Thursday, July 8, 2010

Pelajar baru USIM azam jadi insan terbaik

ARKIB : 07/07/2010

Pelajar baru USIM azam jadi insan terbaik

SEREMBAN 6 Julai - Pelajar kembar yang mendaftar masuk ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini berazam untuk menjadi antara insan yang terbaik apabila selesai pengajian kelak.

Muhamad Nur Azrul Kamarudin dan Muhamad Nur Azrai Kamarudin berusia 20 tahun berkata, mereka sepakat untuk memasuki USIM kerana berminat dengan pengajian yang ditawarkan.

Muhamad Nur Azrul yang memilih jurusan Quran dan Sunnah memberitahu, dia meminati bidang berkenaan dan akan mendalaminya sebaik sahaja kuliah bermula di USIM.

''Saya mahu mendalami ilmu ini dan amat optimis apa yang dipelajari di sini nanti akan dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian," katanya ketika ditemui semasa sesi mendaftar pelajar baru USIM di Stadium Tertutup Nilai dekat sini hari ini.

Kembarnya, Muhamad Nur Azrai memberitahu, dia memilih jurusan Bahasa Arab dan Komunikasi bagi memahirkan penghujahan selain dapat memahami bahasa al-Quran.

''Sekarang tidak ramai yang boleh menguasai bahasa Arab dan ia menjadi satu cabaran kepada saya lebih-lebih lagi selepas diterima masuk ke USIM," katanya.

Sementara itu, Siti Zulaika Suhaimi, 19, berkata, dia berjaya memasuki USIM dan gembira dapat melanjutkan pengajian dalam bidang al-Quran dan Multimedia.

''Saya sedar hari ini ramai pelajar perlu berhadapan dengan kehebatan teknologi dan saya akan menggunakan kemahiran itu untuk memantapkan pemahaman dalam bidang al-Quran.

''Saya percaya suatu hari kaedah pembelajaran al-Quran akan terus diperoleh melalui kehebatan bidang teknologi dan pada masa sama ia akan dipertingkatkan perisiannya," ujarnya.

Wan Norain Wan suhaimi, 19, dari Pahang pula memberitahu, dia gembira kerana dapat meneruskan minat dan pengajian dalam bidang Bahasa Arab dan Komunikasi.

''Kita perlu menyeimbangkan aspek pembelajaran dan tidak hanya tertumpu kepada dua bahasa sahaja iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

''Mempelajari bahasa Arab banyak manfaatnya, apatah lagi ia adalah bahasa al-Quran. Dalam sebuah negara yang maju seperti Malaysia, penggunaan bahasa Arab amat perlu sekali.

''Inilah cabaran yang akan kami tempuhi iaitu menguasai bahasa Arab tanpa menjejaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan," katanya.

Dalam pada itu Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Muhamad Muda berkata, kehadiran penuntut baru yang mendaftar hari ini merupakan satu jumlah yang besar iaitu seramai 1,528 orang.

''Penuntut yang memasuki USIM pada sesi ini dipilih berdasarkan kelayakan Pendidikan Islam termasuk mampu menguasai bahasa Arab," katanya.

Menurut Muhamad, graduan USIM sudah terbukti mampu dan berupaya untuk berdaya saing di pasaran pekerjaan, malah mencipta kejayaan yang besar sehingga ke luar negara.

''Program ijazah USIM juga diiktiraf oleh kerajaan sama ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta lebih 15 buah negara di dunia," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011