Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, June 29, 2010

USIM, Envo Green hasil kit kesan khinzir

USIM, Envo Green hasil kit kesan khinzir


Pengarah Ihram, Dr. Alina Abdul Rahim (kiri) bertukar-tukar kit dengan Pengarah Envo Green Sdn. Bhd., Nasaruddin Zainal, sambil diperhatikan Pendaftar USIM, Muhammad Haizuan Rozali (dua dari kanan).

UTUSAN 16/6/2010

PRINSIP halal sangat diutamakan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam. Prinsip itu secara umumnya melibatkan dua perkara iaitu bagaimana sesuatu benda itu diperoleh dan adakah barangan itu halal dari segi syariat Islam?

Dewasa ini, isu halal hebat diperkatakan dan banyak kajian dibuat mengenainya. Namun, kebanyakan masih ragu-ragu dalam untuk digunakan terutamanya bagi kaum Muslimin.

Kebanyakan mereka kurang menyedari bahawa terdapat bahan haram yang tersembunyi dalam sesetengah makanan yang dimakan oleh mereka.

Sejajar dengan objektif itu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melalui Institut Penyelidikan dan Pengurusan Halal (Ihram) mengambil langkah proaktif dengan menjalinkan kerjasama dengan Envo Green Sdn. Bhd. mengenai penyelidikan produk Porcine Rapid Test Kit atau Kit Ujian Khinzir.

Melalui kerjasama itu, USIM menyumbang kepada masyarakat Islam sedunia dalam membangunkan peralatan sains yang boleh memastikan makanan adalah selamat dan bebas daripada bahan haram.

Ia diperolehi hasil penggunaan kepakaran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Institut Pengurusan Fatwa Sedunia (Infad), USIM.

Kit Ujian khinzir direka untuk mengesan kewujudan atau kehadiran khinzir dalam masa yang singkat.

Ia mudah digunakan dan tidak memerlukan kemahiran tertentu untuk mengendalikannya.

Hanya campurkan sedikit air dengan produk yang hendak diuji. Kemudian masukkan Kit Ujian Khinzir ke dalam campuran berkenaan dan tunggu seketika untuk mendapat keputusannya.

Implikasi hasil kajian penyelidik USIM ini bukan sahaja untuk kebaikan USIM dan Envo Green, tetapi juga kepada masyarakat yang pentingkan kandungan makanan yang halal, sihat dan selamat dimakan.

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhammad Muda berkata, pada masa hadapan, beliau berharap kerjasama dan hubungan bilateral antara ulama di Malaysia dan ulama Persekutuan Rusia dalam bioteknologi dan industri halal akan lebih erat.

"Kerjasama ini diharap dapat membuka gerbang ke arah hubungan yang kuat di antara universiti dan industri," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011