Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
Thursday, May 27, 2010
PROGRAM BICARA KEPIMPINAN PRAGMATIS SIRI 1
Tokoh :
Encik Muhammad Haizuan Rozali
Pendaftar USIM
Bandar Baru Nilai, 8 April 2010 – “Kepimpinan Transformasi merupakan kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi dikalangan orang bawahannya”, kata Y.Berusaha En. Muhammad Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara program Bicara Kepimpinan Pragmatis.
Membawakan tajuk ‘Kepimpinan Transformasi Dalam Membina Budaya Kerja Cemerlang’ merupakan inisiatif Persatuan Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM atau dikenali sebagai PRAGMATIS dalam memupuk motivasi yang tinggi dikalangan warga USIM.
Menurut beliau Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah tunggak pengurusan Universiti yang berperanan memimpin subordinat, membina dasar dan polisi, keterlibatan dalam tadbir urus serta membuat keputusan.
“Pemimpin cemerlang adalah pemimpin yang melebarkan kepimpinan dengan melatih pengganti yang lebih baik daripada dirinya. Usaha membimbing pegawai-pegawai baru oleh pegawai-pegawai senior perlu dijadikan budaya dan tidak menganggap mereka sebagai saingan” kata beliau lagi.
Dalam usaha menjadikan USIM sebagai model pengurusan Islam, beliau menekankan bahawa hubungan antara kakitangan akademik, kakitangan Pentadbiran baik dari kumpulan Pengurusan dan Profesional mahupun Sokongan perlu ada simbiosis tanpa dikotomi (pengasingan).
“Berlakunya dualisme atau dikotomi dalam sesuatu organisasi itu adalah kerana wujudnya tindakbalas dari segi persepsi, kepercayaan, nilai dan tindakan terhadap kebolehan seseorang atau sesuatu kumpulan” tambah beliau lagi.
Memetik petua khas mantan Ketua Pustakawan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang kini merupakan Pengarah Pusat Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti di USIM, Puan Putri Saniah Megat Abd Rahman, “Kecemerlangan seorang pegawai adalah kesan daripada budaya cintakan ilmu, seminar dan bengkel serta galakan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi bagi mendalami sesuatu ilmu” ulas En. Muhammad Haizuan lagi.
Dalam memastikan kecaknaan dalam pengurusan, beberapa faktor perlu ditekankan seperti ruang komunikasi yang strategik iaitu tiada batasan dalam komunikasi, anjakan pentadbiran, penurunan kuasa, Espirit De Corp atau budaya keserakanan dan menyemarakkan budaya inovasi.Sebagai rumusan dari Bicara Kepimpinan, En. Muhammad Haizuan berharap agar tidak berlaku dualisme dikalangan kumpulan kerja, menyemarakkan budaya inovasi, sentiasa mengiktiraf dan diiktiraf serta kumpulan Pengurusan dan Profesional perlu sentiasa menjadi peneraju dan rujukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.

Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment