QUOTES
"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin
PEKELILING BARU KENAIKAN GAJI DAN ELAUN PENJAWAT AWAM 2012
Berikut merupakan pekeliling-pekeling berkaitan kenaikan gaji dan elaun bagi Kakitangan Awam seperti yang dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri pada perhimpunan bersama Penjawat Awam lalu di PICC Putrajaya.
Kami sebagai penjawat awam ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang dikasihi Dato' Seri Najib Tun Razak atas ke prihatinan mendengar keluhan dan menjaga kebajikan penjawat awam terutama dalam menyelesaikan kemelut SBPA seterusnya mengotakan janji kenaikan gaji kepada kami.
PRAGMATIS USIM yang menaungi semua Pegawai Tadbir dan Ikhtisas USIM sentiasa mendokong aspirasi 1 Malaysia dengan menjadikan slogan "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan" sebagai manifestasi semangat kami untuk berkhidmat dengan lebih baik lagi.
Kepada rakan-rakan penjawat awam seharusnya kita membalas ganjaran yang diberikan ini dengan memberikan khidmat yang lebih baik dan menyokong agenda KERAJAAN dalam mentrasformasikan Sektor Perkhidmatan Awam. Janganlah kita menjadi "gunting dalam lipatan" dengan mengkhianati kebaikan yang diberikan dengan bersekongkol bersama pihak tertentu yang mahu melakukan SABOTAJ terhadap usaha murni kerajaan. Seharusnya kita menjadi AGEN PENERANGAN terhadap dasar kerajaan bukan menjadi agen menyemai kebencian seperti yang dimahukan sesetengah pihak yang mahu meraih kuasa politik semata-mata.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa tindakan kita hari ini akan mencerminkan hasil yang akan diraih pada masa hadapan. Kegagalan kita untuk bekerja kuat dan membuat keputusan yang tepat dalam membina aspirasi negara mungkin menyebabkan generasi akan datang menjadi mangsa dan merana kerana tindak tanduk dan keputusan kita hari ini.
Kerajaan dengan tulus telah menunaikan janji kepada kita... persoalannya kini adakah kita mampu dan bekerja cukup gigih bagi menunaikan janji kita sebagai penjawat awam? Kini marilah bersama kita buktikan dan tunaikan tanggungjawab kita selaras dengan slogan 1 Malaysia "Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan".
SENARAI PEKELILING BARU 2012 (KLIK PADA LINK)
BELAIAN JIWA
Kunci Orang Beriman.
Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”
.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :
1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.
2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.
3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.
4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.
5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.
Popular Posts
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia. Beberapa hari lalu saya telah melayari laman web PRAGMATIS dan begitu tertarik dengan pertanyaan menerusi ru...
-
Pendahuluan Islam adalah agama yang syumul dan mencakupi seluruh aspek kehidupan baik kehidupan di dunia mahupun akhirat. Ia mengatur semua ...
-
Salam Ikhlas, Salam 1Malaysia, Penulis ingin berkongsi poster berkaitan "leadership quotes' sebagai kata-kata dan mutiara hikmah ba...
-
Salam Ukhwah, Salam 1 Malaysia, Kita baru sahaja dikejutkan berita dan kejadian yang memperlihatkan betapa kejamnya Rejim Zionis Israel memb...
-
PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012
PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012
PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011
No comments:
Post a Comment