Salam 1Malaysia
Setinggi-tinggi munajat dan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin dan kurniaNYA Persidangan Agung Tahunan PRAGMATIS bagi sesi 2011/2012 berjalan dengan sempurna sekali tanpa sebarang kesulitan.
PRAGMATIS mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Muhamad Muda, Naib Canselor USIM atas kesudian merasmikan Persidangan Tahunan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Yang Berusaha Encik Mohammad Haizuan Rozali, Pendaftar USIM yang kami kasihi atas kesudian hadir sebagai tanda sokongan kepada PRAGMATIS.
Sesungguhnya sokongan berterusan Tuan Pendaftar kepada PRAGMATIS memberikan kami semangat untuk meneruskan usaha tanpa kenal penat dan jemu bagi memartabatkan lagi sektor perkhidmatan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM ketahap yang lebih tinggi.
Seramai lebih 70 ahli PRAGMATIS telah hadir ke Persidangan Tahunan ini, yang mana PRAGMATIS telah mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja, Pemegang Amanah dan Juru Audit Dalam bagi sesi lantikan 2011/12.
Pemilihan ini penting bagi memilih Jawatankuasa Kerja PRAGMATIS yang baru (sesi 2011/2012) menggantikan Jawatankuasa Kerja Penaja PRAGMATIS 2010 yang telah berjaya meletakkan asas yang kukuh sebagai landasan pada masa hadapan.
Dengan fokus utama pada Persidangan kali ini iaitu
Memulakan langkah perubahan dengan wahdatul fikr (kesatuan minda)
kita perkukuhkan wahdatul qalb (kesatuan hati)
kita perteguhkan wahdatul amal (kesatuan tindakan)
dan kita bulatkan wahdatul hadaf (kesatuan matlamat)
Semangat kekeluargaan dan uhkwah menyulami sepanjang proses Pemilihan Jawatankuasa Kerja yang diadakan.
Sesungguhnya yang terpilih kini harus insaf dan sedar bahawa mereka bertanggungjawab memikul amanah Allah ini dengan sebaiknya. Manakala rakan-rakan yang lain diharap dapat membantu, memberikan sokongan dan menyedari bahawa PRAGMATIS adalah milik semua yang harus diperjuangkan sebagai medium penyatuan FIKR, QALB, AMAL dan HADAF.
TAHNIAH! KEPADA JAWATANKUASA KERJA PRAGMATIS SESI 2011/2012, PEMEGANG AMANAH PRAGMATIS DAN JURU AUDIT DALAMAN PRAGMATIS





Semoga PRAGMATIS akan terus dapat memperjuangkan isu-isu yang releven berkaitan skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir & Ikhtisas USIM seterusnya bergerak maju memacu USIM ke arah kecemerlangan yang berterusan dimasa hadapan.
"PRAGMATIS Meneraju Dan Memimpin Kecemerlangan"
No comments:
Post a Comment