Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, December 1, 2010

IPT laksana program kemasyarakatan dapat insentif tunai

ARKIB : 01/12/2010

SHAH ALAM 30 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi mengumumkan pemberian insentif wang tunai kepada institusi pengajian tinggi (IPT) yang berjaya melaksanakan program jalinan bersama masyarakat mulai tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, insentif berkenaan akan disalurkan kepada IPT awam dan swasta yang terpilih berdasarkan kesan pelaksanaan program yang dilaksanakan kepada masyarakat dan negara.

Beliau berkata, pemberian insentif berkenaan merupakan antara usaha kementerian untuk menggalakkan lagi penglibatan IPT tempatan dalam program seumpama itu.

Bagaimanapun, Mohamed Khaled tidak menyatakan jumlah insentif yang akan diberikan itu.

"Kepelbagaian program jalinan dengan penduduk setempat membolehkan penuntut daripada pelbagai jurusan pengajian dan IPT merapatkan hubungan dengan masyarakat.

"Menerusi program kemasyarakatan ini, satu kajian boleh dilakukan oleh IPT untuk mencari jalan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan program jalinan masyarakat, MSU U-Komuniti yang dilaksanakan oleh Universiti Sains Pengurusan (MSU) di kampusnya di Seksyen 13 di sini hari ini.

Hadir sama Pro-Canselor dan Pengerusi MSU, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin dan Presiden MSU, Prof. Datuk Mohd. Shukri Ab. Yajid.

Program MSU U-Komuniti melibatkan kira-kira 2,000 penuntut daripada pelbagai program pengajian dengan memberi tumpuan kepada lima kumpulan sasar iaitu masyarakat Orang Asli, golongan miskin bandar, anak yatim, isu alam sekitar dan kesihatan.

Dalam masa sama, majlis pelancaran itu turut menyaksikan MSU menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Maritim Korea (KMU) melibatkan program pertukaran pelajar serta program pengajian dan kajian dalam pelbagai bidang.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011