Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDIL ADHA DAN SELAMAT MENUNAIKAN FARDU HAJI 1431 HIJIRIAH



PRAGMATIS USIM

MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA 1431 HIJIRIAH KEPADA SELURUH KAKITANGAN UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM).

SEMOGA KEHADIRAN AIDIL ADHA INI MEMBERIKAN KITA 1001 KEINSAFAN DENGAN MENGHAYATI ERTI SEBUAH PENGORBANAN SEMATA-MATA KERANA KECINTAAN KEPAD ALLAH S.W.T IAITU DENGAN MENGENANG PERISTIWA PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S DAN ANAKNYA NABI ISMAIL A.S.

KEPADA SAHABAT YANG BERPELUANG MENJADI TETAMU ALLAH PADA TAHUN INI, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI DAN SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN SERTA DIPERMUDAHKAAN OLEH ALLAH AKAN SEGARA URUSAN DISANA SETERUSNYA MEMPEROLEH KEBERKATAN DAN HAJI YANG MABRUR

KEPADA YANG PULANG BERCUTI BERSAMA SAUDARA DAN RAKAN TAULAN DIKAMPUNG, BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU DAN PASTIKAN KESELAMATAN KENDERAAN DAN RUMAH ANDA SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN.

SEKIAN WASSALAM


DARIPADA SELURUH JAWATANKUASA PENAJA

PRAGMATIS USIM 2010/2011






Mahasiswa prihatin bantu mangsa banjir

ARKIB : 15/11/2010


Masing-masing begitu komited memerah keringat sebagai tanda mereka prihatin kepada nasib yang menimpa mangsa bencana banjir.


Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di empat negeri yang berhadapan bencana banjir terburuk di negara ini, para mahasiswa di seluruh negara tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Berbekalkan tulang empat kerat, mahasiswa dari enam buah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah bergabung tenaga untuk menyertai program mendampingi rakyat Negeri Kedah yang terbabit dengan bencana banjir baru-baru ini.

Menurut pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Tan Ta Wee, 21, program sukarelawan membantu mangsa banjir yang dianjurkan oleh Majlis Kesukarelawan Universiti-Unversiti Malaysia (MASKUM) adalah sumbangan kepada masyarakat.

"Secara tidak langsung program sebegini mampu menerapkan nilai kemasyarakatan tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.

"Semangat 1Malaysia yang menjadi tunjang kepada penganjuran program ini telah berjaya mendapatkan penyertaan daripada universiti lain dan seterusnya membuatkan kami lebih berkobar-kobar untuk membantu mangsa banjir," katanya.

Sementara itu menurut pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Merbok, Najmin Hana Azmi, 21, antara bantuan yang telah dilakukannya bersama 10 pelajar lain ialah membantu mangsa banjir membersihkan kediaman mereka secara bergotong-royong.

Katanya, penyertaannya pada kali ini sungguh bermakna kerana dapat berbakti kepada mantan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam Kedah, Yahya Tahrin yang juga tempat dia menamatkan zaman persekolahan di sana.

"Sewaktu tiba di sana, kami berasa terkejut kerana melihat keseluruhan rumah yang dipenuhi lumpur manakala banyak barangan yang musnah akibat banjir.

"Mendengar pengalaman yang perlu dilalui bekas pengetua, saya berasa sungguh sayu. Lebih-lebih melihatkan raut wajahnya yang menyimpan seribu duka," katanya.

Pelajar lain semakin bersemangat untuk memberi pertolongan bagi membantu mengemaskan rumah keluarga Yahya Tahrin sebagai bantuan meringankan penderitaan yang perlu dilalui mereka.

Manakala pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Mohd. Syairazi Mohd. Deli, 21, hanya rasa simpati yang mampu dizahirkannya apabila mendengar keluhan daripada mangsa banjir yang terpaksa mengikat perut selama 12 jam kerana terputus bekalan makanan.

"Walaupun berasa sedih dengan perkara yang menimpa keluarga tersebut, namun saya berasa sungguh bangga dapat menghulurkan bantuan di saat-saat mereka sangat memerlukannya.

"Selain bantuan tenaga, hanya kata-kata perangsang yang mampu disampaikan kepada mereka keluarga agar lebih cekal menghadapi hari mendatang," ujar mahasiswa yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu.

Sementara itu mantan Pengetua Kanan Cemerlang, Yahya Tahrin ketika ditemui memuji langkah MASKUM kerana sebagai bakal pemimpin pada masa depan, mereka seharusnya didedahkan dengan program kemasyarakatan seperti ini.

Tambahnya, mereka sekeluarga berasa sungguh terharu kerana sama sekali tidak menyangka masih ada yang sanggup membantu terutama dalam keadaan seperti ini walaupun bukan lagi menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Program kemasyarakatan ini bermula sejak bilik gerakan mangsa banjir ini dibuka pada 1 November lalu hingga 14 November dan membabitkan enam buah IPTA iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), UiTM, USIM dan UUM yang bertindak selaku urus setia.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Datuk Dr. Ahmad Faiz Hamid, program khas peringkat MASKUM ini bertujuan menerapkan nilai kemasyarakatan di kalangan pelajar kampus.

Katanya, lebih 2500 pelajar yang terbabit dalam program ini telah diagihkan tugas masing-masing untuk membantu bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang lain dalam kerja-kerja pembungkusan bekalan makanan, pengagihan makanan, menguruskan tempat penempatan, menjalankan aktiviti dari segi emosi dan fizikal serta membersihkan rumah kediaman, kedai, surau, masjid, dewan, sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan juga kilang.

Kesemua sukarelawan tersebut telah berkampung di Taman Siswa UUM dan kakitangan UUM dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Keselamatan dan Pusat Islam universiti pula dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan bagi semua petugas sepanjang bilik gerakan ini beroperasi.

KPT tubuh MyACE galak penerokaan angkasa

UTUSAN : 07/10/2010

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Pengajian Tinggi hari ini mengumumkan penubuhan Persatuan Pengembara Angkasa Muda Malaysia (MyACE) dalam usaha meningkatkan minat belia terhadap penerokaan angkasa lepas.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, keahlian MyACE yang bakal melibatkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan itu akan ditubuhkan di Institut Sains Angkasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Menurut beliau, Angkasawan Pertama Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akan bertindak selaku Penasihat MyACE dan ia menjadi platform bagi golongan muda menceburi bidang berkaitan aeroangkasa yang mampu memacu pendapatan.

"Justeru, melalui MyACE, kementerian yakin ia dapat memperkasakan penuntut kita dalam bersama memajukan bidang berkenaan.

"Sebagai contoh, kita lihat perlumbaan Formula One (F1). Ia bukan sekadar pelumba dan kereta sahaja tetapi kejuruteraannya termasuk reka bentuk, pakaian dan mereka yang bertugas di belakang sebagai profesional," katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan pembukaan Sesi Teknikal Kongres Kajian Planet Ke-23 di Dewan Tuanku Canselor, UKM, Bangi dekat sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Hubungan Antarabangsa) UKM, Prof. Datuk Dr. Hassan Basri; Dr. Sheikh Muszaphar; Presiden Persatuan Penerokaan Angkasa (ASE), Chris A. Hadfield serta 65 angkasawan dari 17 negara.

Kongres selama lima hari itu dianjurkan ASE dengan kerjasama kementerian itu selain Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pelajaran, UKM dan Universiti Multimedia (MMU).

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, MyACE akan dilancarkan tidak lama lagi dan kementerian berharap ia akan menjadi sebuah persatuan bertaraf profesional.

"Kita juga akan meminta pandangan dan tunjuk ajar ASE dalam melaksanakan pelbagai program," katanya.

Sementara itu, Dr. Sheikh Muszaphar ketika ditemui berkata, pihaknya amat berbesar hati dan gembira dengan pengumuman kementerian dalam menubuhkan MyACE.

Katanya, melalui MyACE, pelbagai program akan dirangka dan keahliannya juga bakal dibuka kepada golongan pelajar sekolah serta profesional tidak lama lagi.

"Banyak program telah dirangka dan saya sememangnya tidak mampu untuk melaksanakannya seorang diri. Antara program yang dirancang ialah Kem Angkasa Lepas selain sesi ceramah.

"Sebagai bekas angkasawan, saya pasti akan menggunakan rangkaian-rangkaian agensi angkasa lepas negara luar untuk berkongsi idea dan kerjasama," ujarnya.

Mengenai perjalanan kongres berkenaan, beliau menjelaskan, kehadiran angkasawan negara luar adalah untuk mempromosikan penerokaan angkasa lepas kepada golongan penuntut universiti dan pelajar.

"Impak daripada kongres ini sudah tentu akan mendedahkan golongan sasaran agar mengubah minda selain bertukar-tukar pandangan terhadap diskusi perubahan iklim dan bidang sains lain," tambahnya.

Monday, November 15, 2010

Hanya 2.5 peratus lepasan IPT jadi usahawan - Saifuddin

UTUSAN 14/11/2010

BUTTERWORTH 14 Nov. - Jumlah lepasan institusi pengajian tinggi (IPT) yang menceburi bidang keusahawanan di negara ini masih rendah apabila hanya 2.5 peratus daripada golongan itu menjadi usahawan, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, perkara ini berbeza dengan situasi di negara barat yang maju, kerana antara 10 hingga 15 peratus graduannya memilih menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

"Walaupun mata pelajaran keusahawanan merupakan subjek wajib di IPT, namun kita masih gagal melahirkan ramai usahawan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu Keusahawanan Global dan Klinik Usahawan Global di sini hari ini.

Beliau berkata, jurang antara Malaysia dan negara maju dalam bidang itu sangat luas walaupun kemudahan serta program berkaitan keusahawanan yang disediakan adalah setaraf.

"Apabila saya siasat mengapa perkara ini berlaku, (saya dapati) ia berpunca kerana sektor keusahawanan di Malaysia masih belum menjadi satu gerakan dan hanya menjadi ranting kepada ekonomi," katanya.

Saifuddin berkata, untuk menggalakkan golongan itu menyertai bidang keusahawanan, institusi kewangan berperanan membantu mereka memulakan perniagaan melalui kemudahan pinjaman. - Bernama

Saturday, November 13, 2010

Wajibkan pelajar IPT sertai aktiviti sukarela

UTUSAN : 12/11/2010


ROSMAH Mansor melihat lukisan sambil diberi penerangan oleh Pengerusi MIA, Kerk Loong Sing pada perasmian Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 11 Nov. - Institusi pengajian tinggi (IPT) disaran mewajibkan para pelajarnya menyertai aktiviti sukarela dalam usaha memupuk ciri-ciri kepimpinan, bekerjasama dengan masyarakat, berfikiran sivik dan cenderung membantu golongan kurang bernasib baik.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, penglibatan dalam aktiviti sukarela akan membolehkan pelajar bekerja berpasukan selain mempunyai perasaan kekitaan.

Bagaimanapun jelasnya, pelajar digalak memilih bidang sukarela yang diminati supaya perkara yang dilakukan dapat memberi kesan dan memanfaatkan kelompok masyarakat yang menerima bantuan.

"Saya gembira dengan penglibatan pelajar Institut Seni Lukis Malaysia (MIA) yang terlibat dalam projek kemasyarakatan seperti mengajar anak-anak yatim dengan kemahiran serta ilmu kreativiti di samping mengadakan konsert amal untuk dana mangsa gempa bumi," ujarnya.

Rosmah berkata demikian ketika berucap merasmikan Pameran Seni Lukis Antarabangsa MIA bagi mengumpul dana RM1 juta untuk membantu pelajar miskin yang berbakat dan memerlukan bantuan.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden Persekutuan Persatuan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah dan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan dan Industri Cina Kuala Lumpur dan Selangor (ACCCIM), Ter Leong Yap.

Pameran lukisan yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 14 November ini mempamerkan 157 lukisan karya pelukis tempatan dan luar negara termasuk Singapura, Taiwan, China dan Myanmar.

Rosmah berkata, pendidikan seni lukis juga membantu mengembangkan daya inovasi dan idea kreatif selain memahami bahasa, geografi dan sains.

Tambahnya, sesetengah ahli falsafah, saintis dan penulis terkenal di dunia adalah pelukis.

Sebagai contoh ujarnya, Leo-Nardo Davinci, Michel Angelo, Albert Einstein dan Picasso selain menjadi pelukis mereka juga adalah tukang ukir, saintis, ahli falsafah, arkitek dan penyair.

Katanya, golongan tersebut tidak hanya menumpukan bidang tertentu malahan daya kreativiti mereka turut dimanfaatkan dalam bidang lain.

Friday, November 12, 2010

500 sertai Seminar Integriti Kewanitaan

UTUSAN : 11/11/2010

ANTARA peserta yang yang hadir pada Seminar Integriti Kewanitaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 10 Nov. - Kira-kira 500 peserta yang mewakili pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyertai

Seminar Integriti Kewanitaan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri di sini hari ini.

Sebanyak tiga kertas kerja dibentangkan dalam seminar anjuran Institut Integriti Terengganu itu mengenai peranan, hak dan tanggungjawab wanita dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara.

Pengurus Sektor Sosial Budaya, Institut Integriti Malaysia (IIM) Anuar Ahmad membentangkan mengenai Pelan Integriti Nasional - Fokus Kepada Tekad & Memantapkan Institusi Keluarga manakala Dekan Fakulti Sains, Pentadbiran dan Polisi, Universiti Teknologi Mara, Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam menyentuh Peranan, Hak dan Tanggungjawab Wanita Antara Harapan dan Cabaran.

Turut membentangkan kertas kerja ialah Pensyarah Kanan Fakulti Sejarah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia, Abdul Manan Ismail bertajuk Hak Wanita dari Perspektif Syariah.

Seminar dirasmikan Isteri Menteri Besar, Toh Puan Norliza Mahmud yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).

Hadir sama Pengarah Institut Integriti Terengganu, Arifin Deraman.

Berucap pada majlis itu, Norliza berkata, pencapaian golongan wanita di negeri ini dalam pelbagai bidang kini amat membanggakan.

Pretasi yang ditunjukkan oleh mereka terus meningkat dan ini membuktikan kebolehan mereka diiktiraf dalam sama-sama membangunkan ekonomi keluarga dan negeri.

Katanya, tidak dinafikan wanita merupakan tonggak dalam sesebuah keluarga yang pastinya menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pengurus rumahtangga dan wanita berkerjaya.

Adat Perpatih mampu cegah penagihan dadah

ARKIB : 11/11/2010

SEREMBAN 10 Nov. - Sistem kekeluargaan yang diterapkan menerusi amalan Adat Perpatih di negeri ini mampu dijadikan perisai dalam usaha mencegah penglibatan masyarakat setempat terhadap aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pengarah Pusat Penyelidikan Penyalahgunaan Dadah Asia, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abd. Halim Mohd. Hussin berkata, sistem berkenaan menyumbang terhadap pembentukan masyarakat yang mempunyai pegangan serta jati diri yang teguh lagi unggul.

"Justeru, sistem kekeluargaan adat Perpatih yang unik serta mengandungi pelbagai elemen menarik ini dilihat mampu melahirkan generasi bersahsiah tinggi.

"Jangan biarkan ia lenyap ditelan zaman dan tidak diwarisi oleh anak belia kita kerana ia mampu menjadi benteng ke arah mengelakkan mereka daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah," katanya pada konvensyen Transformasi Program Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Sembilan di Klana Resort di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd. Samad Ibrahim dan Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri, Rujihan Ramli.

Jelasnya, selain keluarga, tiga institusi lain iaitu komuniti, institusi pendidikan dan tempat kerja juga memainkan peranan penting dalam membanteras gejala berkaitan dadah.

"Bagaimanapun, peserta konvensyen yang hadir hari ini diharapkan dapat menterjemahkan input yang diterima dengan memperlihatkan usaha untuk membanteras dadah dengan apa cara sekali pun dan bukan sekadar melepas batuk di tangga," katanya.

Abd. Halim berkata, institusi pendidikan dan tempat kerja disarankan untuk memainkan peranan dalam membentuk persekitaran bebas dadah khusus di kalangan pelajar atau pekerja masing-masing.

"Pelabagi program yang mereka boleh adakan di pusat pendidikan dan pengajian atau pejabat bagi tujuan tersebut termasuk aktiviti pencegahan dan juga khidmat kaunseling," katanya.

Sementara itu, Abd. Samad memberitahu, semua resolusi yang diputuskan dalam konvensyen berkenaan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk tindakan selanjutnya.

"Resolusi ini bakal dijadikan garis panduan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di negeri ini," katanya.

Thursday, November 11, 2010

Cabaran undang-undang Islam

UTUSAN : 10/11/2010

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 9 Nov. - Ke arah memartabatkan undang-undang Islam di Malaysia, Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menganjurkan Seminar Syariah dan Undang-Undang (Syuk 2010) di kampusnya dekat sini, baru-baru ini.

Seminar tersebut antaranya bertujuan mengenalpasti cabaran dan isu-isu terkini yang berkaitan dengan penerapan undang-undang Islam ke dalam sistem perundangan sedia ada.

Apatah lagi dengan pelbagai isu merangkumi aspek hukum hakam Islam berkaitan undang-undang pentadbiran Islam mahupun yang berbangkit dengan undang-undang Mahkamah Syariah, Syuk 2010 dilihat platform terbaik untuk para penyelidik dan pengamal undang-undang dalam pelbagai bidang untuk bertukar pandangan dan berbahas.

Pengisian seminar ini merangkumi pelbagai subjek perbincangan antaranya kewangan Islam, kerjaya guaman syarie, undang-undang keluarga Islam, undang-undang harta Islam dan konflik perundangan dalam masyarakat majmuk.

Menurut Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang USIM, Prof. Dr. Abdul Samat Musa, seminar itu merupakan satu kesinambungan kepada program yang dianjurkan fakulti terbabit dalam menganalisis undang-undang sivil dan syariah dalam konteks sistem perundangan di Malaysia mahupun antarabangsa.

"Syuk 2010 diharapkan dapat menyediakan input berguna kepada semua pihak termasuk para hakim syarie, ahli akademik, pengamal undang-undang, pegawai syariah, para pelajar dan masyarakat Islam.

"Ini kerana pembentangan kertas kerja dalam kursus ini daripada individu yang mempunyai latarbelakang dan kepakaran tidak asing lagi dalam pengupasan ilmu syariah dan undang-undang di Malaysia," katanya pada majlis perasmian seminar tersebut.

Program itu dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Md. Noor; Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda dan Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut.

Lebih 300 peserta terdiri pengamal undang-undang, ahli akademik dan pelajar jurusan berkaitan menghadiri seminar dua hari itu.

Sementara itu, Jamil Khir dalam ucapannya berkata, seminar tersebut sangat berkualiti dan perlu diperluaskan dengan membabitkan semua pihak dalam bidang berkaitan.

"Penganjuran seminar seumpama ini patut diteruskan sebagai satu platform pertemuan antara ahli akademik, para pengamal perundangan mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menggalakkan percambahan intelektual melalui interaksi positif," katanya.

KPT rumus rangka tindakan pembelajaran sepanjang hayat


UTUSAN - 10/11/2010

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.

Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang, katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.

Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand. - Bernama

KPT rumus rangka tindakan pembelajaran sepanjang hayat


UTUSAN - 10/11/2010

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.

Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang, katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.

Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand. - Bernama

KPT rumus rangka tindakan pembelajaran sepanjang hayat


UTUSAN - 10/11/2010 4:00pm

KUALA LUMPUR 10 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah merumuskan rangka tindakan bagi membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) 2011-2020 selaras dengan usaha kerajaan bagi mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, rangka tindakan itu adalah berdasarkan kajian yang dijalankan mengenai keperluan modal insan yang cekap, berkemahiran dan berpengetahuan melalui inisiatif PSH.

Antara strategi dalam rangka tindakan itu adalah bagi menyediakan sokongan kewangan yang mencukupi bagi menyemai PSH sebagai cara hidup dan meningkatkan mekanisme dan infrastruktur bagi memudahkan PSH dan berharap ia akan bertindak sebagai satu dasar dan panduan pelaksanaan inisiatif PSH bagi dekad akan datang, katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan persidangan antarabangsa mengenai pembelajaran sepanjang hayat 2010 anjuran Universiti Utara Malaysia bersama Princess Naradhiwas University dan Rajamangala University of Technology Srivijaya, Thailand.

Persidangan tiga hari itu disertai lebih 100 peserta dari 20 negara termasuk Australia, India, Kanada, Sweden, Jepun, Oman dan New Zealand. - Bernama

Tuesday, November 9, 2010

UCAPAN TAKZIAH

PRAGMATIS USIM MENGUCAPKAN TAKZIAH

KEPADA SAHABAT KITA SAUDARA MOHD SYAIFOOL EIDZZWAN BIN A HALIM YANG MANA BAPA BELIAU TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA MINGGU LALU.

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KEPADA ROH ALLAHYARHAM DAN DITEMPATKAN BERSAMA PARA SOLIHIN. AMIN

AL-FATIHAH...

Monday, November 8, 2010

Wajibkan kepujian Sejarah bagi pengambilan pelajar di semua IPTA

UTUSAN : 07/11/2010

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bersetuju dengan langkah Universiti Teknologi Mara (UiTM) mensyaratkan kepujian dalam subjek Sejarah untuk mengikuti kursus-kursusnya mulai pengambilan Julai tahun depan dan berharap ia turut diwajibkan kepada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain.

Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan), Syed Anuar Syed Mohamad berkata, ia penting bagi memastikan penuntut baru yang mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan di universiti lebih memahami sejarah negara.

Menurutnya, mungkin langkah itu dianggap sesetengah pihak sebagai terlalu drastik, namun jika diteliti ia memberi kesan positif malah menyokong usaha menjadikan Sejarah sebagai subjek wajib lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.

"Gagasan menyokong penuh syarat baru UiTM yang diumumkan Naib Canselor (Prof. Datuk Dr. Ir. Sahol Hamid Abu Bakar) untuk kemasukan penuntut pada pengambilan Julai tahun depan.

"Usaha ini perlu dicontohi IPTA lain. Kita minta Kementerian Pengajian Tinggi menjadikannya syarat untuk kemasukan pelajar ke IPTA di seluruh negara tahun depan," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Sahol Hamid bahawa kepujian subjek Sejarah akan menjadi salah satu syarat yang perlu ada sekiranya mahu mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan UiTM mulai pengambilan Julai tahun depan.

Tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad juga bersetuju dengan langkah tersebut, tetapi berasakan ia perlu diperhalusi kerana bimbang timbulnya kesan negatif terhadap pengambilan penuntut ke UiTM.

''Kita bercakap tentang kepujian subjek Sejarah, bukannya lulus subjek tersebut dan saya berasakan ini akan mengambil sedikit masa.

''Mungkin pihak UiTM boleh memanjangkan masa pelaksanaan tersebut ke 2013 berbanding Julai tahun depan kerana tempoh itu terlalu singkat untuk sebarang perubahan,'' jelasnya.

Bagi tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula, langkah UiTM itu wajar diikuti oleh IPTA lain kerana sudah tiba masanya generasi muda memahami sejarah negara.

Katanya, langkah tersebut membolehkan semua pelajar di setiap peringkat sekolah memberi perhatian yang lebih kepada subjek Sejarah kerana khuatir tidak dapat melanjutkan pelajaran ke IPTA sekiranya tidak mendapat kepujian.

Sementara itu pensyarah Sejarah di Pusat Pengajian Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Datin Dr. Mahani Musa beranggapan langkah UiTM itu terlalu terburu-buru.

Katanya, perkara yang membabitkan perubahan perlu mengambil masa serta tidak boleh dilakukan dalam tempoh yang singkat kerana ia akan memberi beban kepada para pelajar.

Saturday, November 6, 2010

Mukhtasar Sahih Al-Bukhari karya Imam Al-Zabidi

UTUSAN : 05/11/2010

Mukhtasar Sahih al-Bukhari ini disusun oleh seorang ahli hadis (muhaddith) dari Zabid, Yaman, iaitu Imam Zainuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Abdul Latif bin Abu Bakr al-Sharji Al-Zabidi al-Yamani (wafat 893H).

Al-Zabidi berguru dengan para ulama besar pada zamannya baik yang berada di dalam kota Zabid atau dari luar kota Zabid.

Antara guru beliau ialah Sheikh Sulaiman al-Alawi, Sheikh Al-Taqi al-Fasi, Sheikh Ali bin al-Jazari, Ibn Khiat, al-Zayn al-Burshuqi, Sheikh Ahmad bin Abi Bakar al-Radad dan Sheikh Abu al-Fatah al-Maroghi.

Al-Zabidi mendengar daripada gurunya Ibn al-Jazari kitab Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibn Majah, dan Musnad al-Syafie. Murid-muridnya terdiri daripada kalangan mereka yang berada di sekitar kota Zabid.

Selain merupakan seorang muhaddis pada zamannya, al-Zabidi juga merupakan seorang yang faqih, sasterawan dan penyair.

Al-Zabidi mempunyai karya ilmiah dalam bidang hadis. Karangannya yang paling terkenal dalam bidang hadis adalah al-Tajrid al-Sharih Li Ahadith al-Jami' al-Sahih (Mukhtasar al-Zabidi).

Selain itu beliau juga mengarang kitab Tabaqat al-Khowas mengenai ulama tasauf di Yaman dan kitab Nuzhah al-Ahbab yang mengandungi kompilasi syair dan hikayat.

Al-Zabidi wafat pada 10 Rabiulakhir 893H. (Lihat: Al-Daw' al-Lami' li al-Sakhawi jil. 1 hlm. 214-215, Syazrat al-Dzahab li Ibn al-'Imad jil. 5 hlm. 144, al-'Alaam li al-Zirikli jil.1 hlm. 91, Mu'jam al-Muallifin li Kahalah jil. 4 hlm. 42]

Keunikan dan kehebatan kitab

Keunikan dan kehebatan kitab ini terserlah melalui metodologi al-Zabidi dalam pemilihan hadis-hadis yang teliti dan penyusunan tema-tema yang jelas.

Melalui kitab Mukhtasarnya, Al-Zabidi menyaring semua hadis-hadis yang disebut berulang kali seperti yang terdapat dalam kitab Sahih al-Bukhari dan hanya mengambil hadis yang mempunyai sanad muttasil (rantaian periwayatan yang bersambung dan tidak terputus).

Tambahan pula menurut al-Zabidi, dengan sebab wujudnya sanad hadis yang banyak dan masyhur ia menyukarkan proses pencarian hadis bagi setiap pengkaji.

Berkemungkinan juga seseorang pengkaji itu hampir-hampir tidak dapat menemui hadis yang diingini sehingga setelah dia berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Al-Zabidi mengumpulkan hadis-hadis yang kelihatan bertaburan di antara bab-bab (dengan meletakkannya di satu tempat yang sesuai) sehingga tidak terdapat pengulangan hadis dalam kitab Mukhtasarnya.

Di dalam mukadimah kitabnya al-Zabidi menyatakan: "Aku ingin memilih dan menyunting hadis-hadis di dalam kitab Sahih al-Bukhari tanpa sebarang pengulangan. Aku akan alihkan daripada hadis-hadis tersebut sanad-sanadnya agar ia mudah untuk dijumpai tanpa sebarang kesukaran.

"Jika sesebuah hadis itu berulang aku akan hanya menyebutnya di permulaan, kecuali jika pengulangannya di tempat yang kedua mempunyai pertambahan lafaz atau makna (maka aku akan menyebutnya) dan jika tiada sebarang penambahan aku akan meninggalkanya.

"Berkemungkinan akan ada hadis yang disebut secara ringkas di tempat yang pertama, dan di dalam riwayat yang lain (hadis yang sama) disebut secara lebih lengkap dan memiliki penambahan makna, dalam hal sedemikian aku akan memilih yang kedua dan meninggalkan yang pertama disebabkan ia mempunyai faedah yang lain.

"Aku tidak akan menyebut hadis kecuali yang bersanad (di dalam kitab asal) dan bersambung, manakala hadis yang terputus sama ada maqtu' atau muallaq tidak akan aku nyatakan.

"Begitu juga segala yang datang daripada sahabat r.a. dan ulama selepas mereka tidak akan aku nyatakan.

"Seterusnya aku akan menyebut nama sahabat bagi setiap hadis agar diketahui siapakah yang meriwayatkannya".

Metodologi yang digunakan al-Zabidi di dalam kitabnya telah memberi nilai tambah kepada beliau serta dapatan baru yang bersifat ilmiah kepada umat Islam dalam sejarah kitab-kitab ringkasan hadis dan menjadikan kitabnya di antara kitab yang terpenting tatkala membicarakan kitab Sahih al-Bukhari karya Imam al-Bukhari.

Usaha Institut Kajian Hadis (Inhad) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) memasyarakatkan hadis penerbitan buku Mukhtasar Sahih al-Bukhari adalah antara usaha INHAD memperkaya wacana ilmu dan memperkenalkan khazanah intelektual Muslim terdahulu kitab-kitab warisan (turath).

Ia juga bertujuan memasyarakatkan buku Mukhtasar Sahih al-Bukhari sebagai bahan bacaan dan rujukan ringkas di kalangan intelektual mahupun masyarakat Muslim amnya, agar mereka mengetahui dan memahami sumbangsih Imam al-Zabidi melalui pembuktian karya ilmiah beliau yang berkualiti.

Terjemahan terhadap hadis-hadis jilid 1 al-Zabidi ini berjaya diterbitkan hasil gabungan tenaga pengarah dan kakitangan Inhad, pembantu penyelidik dan pewasit yang terdiri daripada pensyarah KUIS dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Mereka menjadi teras kepada kelangsungan dan kejayaan projek terjemahan ini berdasarkan kepakaran dalam bidang hadis serta merupakan graduan dari Universiti-Universiti Timur Tengah dari Arab Saudi, Mesir, Jordan dan Syria.

Teks-teks hadis dalam kitab ini pula adalah hasil penulisan khat tangan bagi mengekalkan seni khat Islam warisan zaman.

Adalah diharap dengan penerbitan buku terjemahan edisi Bahasa Malaysia ini oleh Inhad (KUIS) akan memberikan informasi berguna kepada semua, menjadi sumber bacaan dan rujukan di samping menyebar luaskan ilmu dan maklumat untuk lebih mengenali dan menjejaki ilmuan hadis imam al-Zabidi.

Meskipun usaha perterjemahan ringkasan al-Zabidi telah diterbitkan dalam Bahasa Indonesia, penterjemahan untaian ribuan hadis dalam ringkasan al-Zabidi dalam versi Bahasa Melayu seumpama ini amat perlu dilakukan.

Sebabnya, ada terma-terma dan perkataan-perkataan Indonesia sukar difahami berikutan ia tidak dikongsi dalam pertuturan Bahasa Malaysia.

Tidak salah umat Islam meletakkan hasil karya al-Zabidi ini dalam bidang keintelektualan dan dakwah Islamiah dalam rangka membuka minda masyarakat agar lebih proaktif dalam memahami Islam dan seterusnya melakukan loncatan saujana memperbaiki imej umat Islam di mata dunia.

KPT tubuh bilik gerakan pantau banjir


UTUSAN : 05/11/2010

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kementerian Pengajian Tinggi telah menubuhkan Bilik Gerakan Maklumat Banjir berikutan kejadian banjir yang semakin buruk di Kedah dan Perlis.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bilik gerakan tersebut akan memantau perkembangan banjir yang melibatkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA), politeknik serta kolej komuniti di seluruh negara.

"Bilik gerakan ini akan bertindak menyalurkan maklumat terkini mengenai pelajar dan kakitangan institusi yang menjadi mangsa banjir.

"Kami juga akan memaklumkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan dan kebajikan pelajar-pelajar yang terjejas akibat banjir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kolej Damansara Utama sebagai KDU Universiti Kolej.

Turut hadir, tokoh akademik, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dan Canselor KDU Universiti Kolej, Datuk Teo Chiang Quan.

Banjir yang melanda Perlis dan Kedah kali ini disifatkan paling buruk berbanding apa yang berlaku pada Disember 2005 dengan lebih 35,000 mangsa telah dipindahkan ke pusat penempatan sementara setakat ini.

Thursday, November 4, 2010

Umur bersara hakim 66 tahun

UTUSAN : 03/11/2010


JAMIL Khir Baharom melihat kecederaan Mohd. Ajril Azizi yang terlibat dalam kemalangan di Hospital Selayang, semalam.


SEREMBAN 2 Nov. - Kerajaan melanjutkan had usia persaraan hakim Mahkamah Syariah daripada 58 tahun kepada 66 tahun mulai tahun ini, selaras matlamat menambah baik sistem kehakiman syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu juga selaras dengan had usia persaraan hakim Mahkamah Sivil.

"Keputusan ini diharap meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan agar hakim yang baru dapat menimba pengalaman daripada hakim yang senior ini.

"Selain itu, ia berdasarkan keperluan semasa memandangkan kes Mahkamah Syariah semakin meningkat. Dengan adanya hakim-hakim yang berpengalaman ini, kita harap tiada kes tertangguh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Syariah dan Undang-Undang peringkat kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Hakim Syarie merangkap Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Ibrahim Lembut; Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Tan Sri Dr. Mohamad Yusof Noor; dan Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Dr. Muhamad Muda.

Jamir Khir menambah, keputusan tersebut memberi pilihan kepada pesara mengisi jawatan terbabit tidak melebihi lima tahun sehingga mencapai had usia maksimum 66 tahun.

Katanya, lantikan tersebut melibatkan Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah JKSM serta Ketua Hakim Syarie Negeri-Negeri.

"Dulu selepas persaraan wajib 58 tahun, perkhidmatan mereka disambung secara kontrak pada setiap tahun tetapi kini tempoh persaraan mereka adalah sehingga 66 tahun," katanya.

Dalam pada itu, dalam ucapannya, Jamil Khir berkata, seminar seperti itu sangat penting dan bernilai tinggi dalam membantu menambah baik serta memartabatkan sistem kehakiman syariah.

"Pengetahuan lebih bersifat holistik sebegini diharap membantu pengamal undang-undang syariah dalam mencari jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan serta isu syariah yang makin kompleks," katanya.

Tambahnya, adalah penting untuk mereka sentiasa selari dengan arus semasa, kreatif dan proaktif dalam merungkai isu-isu yang timbul dan dalam mentafsir undang-undang syariah berlandaskan pada hukum syarak.

"Pemisahan bidang kuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah tidak wajar dilihat sebagai penyelesaian muktamad, malah memerlukan penggemblengan tenaga dan usaha yang berterusan ke arah memartabatkan undang-undang syariah di negara ini," katanya.

Beliau berkata, inisiatif yang konsisten perlu untuk mengembalikan keyakinan umum terhadap keunggulan undang-undang Islam dalam menjamin keadilan kepada semua pihak tanpa batasan bangsa atau agama.

Timbang kurangkan yuran PhD

UTUSAN : 03/11/2010

PUTRAJAYA 2 Nov. - Kerajaan bersedia menimbang untuk mengecuali atau mengurangkan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada rakyat berumur 50 tahun ke atas yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, pertimbangan itu berdasarkan syarat-syarat tertentu dan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

"Ini selaras dengan hasrat negara melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang 2023," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, kementerian melalui Bajet 2011 akan membelanjakan RM483.9 juta bagi program MyBrain15.

Jumlah itu adalah bagi membiayai 7,610 pelajar sedia ada dan juga menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD.

Bagi memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di IPT, RM741 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun pertama (2011-2012).

Menurut kenyataan itu, peruntukan tersebut merupakan satu peningkatan yang besar berbanding peruntukan dana R&D bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang hanya RM315 juta.

"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Dengan jumlah sedemikian, IPT akan melaksanakan R&D yang berfokus kepada penyelidikan asas, penyelidikan eksploratori/eksperimen, penyelidikan jangka panjang dan penyelidikan prototaip," katanya.

Timbang kurangkan yuran PhD

UTUSAN : 03/11/2010

PUTRAJAYA 2 Nov. - Kerajaan bersedia menimbang untuk mengecuali atau mengurangkan yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kepada rakyat berumur 50 tahun ke atas yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini berkata, pertimbangan itu berdasarkan syarat-syarat tertentu dan dibawa ke Kabinet untuk kelulusan.

"Ini selaras dengan hasrat negara melahirkan pemegang PhD seramai 60,000 orang menjelang 2023," menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu, bagi meningkatkan bilangan pemegang PhD dalam negara, kementerian melalui Bajet 2011 akan membelanjakan RM483.9 juta bagi program MyBrain15.

Jumlah itu adalah bagi membiayai 7,610 pelajar sedia ada dan juga menyediakan 11,170 tempat baru bagi pengajian pasca siswazah di peringkat Sarjana dan PhD.

Bagi memperkasakan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di IPT, RM741 juta telah diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi tempoh dua tahun pertama (2011-2012).

Menurut kenyataan itu, peruntukan tersebut merupakan satu peningkatan yang besar berbanding peruntukan dana R&D bagi tempoh lima tahun di bawah RMK-9 yang hanya RM315 juta.

"Ini tidak termasuk tambahan peruntukan R&D berjumlah RM400 juta untuk lima universiti iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

"Dengan jumlah sedemikian, IPT akan melaksanakan R&D yang berfokus kepada penyelidikan asas, penyelidikan eksploratori/eksperimen, penyelidikan jangka panjang dan penyelidikan prototaip," katanya.

Wednesday, November 3, 2010

IPT digesa libatkan diri secara aktif dalam pelbagai program

ARKIB : 03/11/2010

MELAKA 2 Nov. - Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) digesa untuk melibatkan diri secara aktif dalam penganjuran mana-mana program atau karnival berkaitan bagi membantu meningkatkan pergaulan dengan masyarakat.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof. Madya Kamarudin Kasim berkata, penglibatan pelajar secara aktif dalam program sedemikian dilihat mampu membantu mereka meningkatkan skil interaksi dengan orang awam.

Menurutnya, keyakinan diri yang dijana hasil program seperti itu akan membantu pelajar meningkatkan kualiti diri dan melengkapkan diri mereka menghadapi alam pekerjaan selepas tamat pengajian di IPT nanti.

''Pelajar akan lebih tertarik dengan pengajian praktikal berbanding teori dalam kelas. Oleh itu, jika mereka diberi peluang mengendalikan sendiri program atau karnival, ia mampu mendekatkan diri mereka dengan realiti pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Karnival Kerjaya Membimbing Rakan Sebaya 2k Fasa II 2010 (PRS2K) di Kolej Komuniti Bukit Beruang, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Perhubungan Pengesahan Graduan dan Alumni Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Izmi Rashidi Wan Mohd. Razali dan Pengarah Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka, Roslee Yahya.

Seramai 700 pelajar daripada 12 buah Kolej Komuniti di tiga negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka menyertai penganjuran PRS2K 2010 yang menawarkan pelbagai acara menarik dan gerai pameran kendalian pelajar.

Karnival itu turut disertai beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Negeri dan Jabatan Pertahanan Awam.

Menurut Kamarudin, melalui usaha itu, pihaknya percaya tahap keyakinan diri setiap pelajar IPT dapat dipertingkatkan seterusnya diperbaiki dari semasa ke semasa.

"Oleh itu, sesebuah institusi pengajian perlu mengambil inisiatif sendiri dalam memberi peluang kepada pelajar untuk mengendalikan apa-apa program atau karnival," katanya.

Katanya, inisiatif JPKK menganjurkan Karnival Kerjaya PRS2K 2010 menyediakan peluang kepada pelajar khususnya warga kolej komuniti untuk membantu mereka mengaplikasikan ilmu masing-masing.

Ujar beliau, program itu yang dijayakan bersama Bahagian Perhubungan Industri dan Pengesahan Graduan dan Bahagian Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Kolej Komuniti bertujuan memberi peluang kepada pelajar kolej komuniti mendapatkan pekerjaan berkualiti demi menjamin masa depan mereka.

"Karnival ini diadakan pada setiap tahun dan ia diharap memberi semangat kepada pelajar untuk berusaha menghasilkan idea atau kreativiti dalam apa jua tugasan yang diberi bagi pameran umum," kata beliau.

Kamarudin berkata, melalui penganjuran karnival ini sekali gus dapat melahirkan kerjasama erat dengan pihak industri yang ada di negara ini dan ia mampu mengukuhkan hubungan serta memberi ruang kepada pelajar untuk merebut peluang pekerjaan yang disediakan.

"Kita mahu pelajar sentiasa peka akan kehendak industri di pasaran sekali gus merebut peluang yang ada untuk diisi bersama.

"Malah pihak institusi sentiasa membantu pelajar untuk berusaha dan menyelami bidang yang diceburi tidak kira semasa sesi pembelajaran atau ketika menjalani praktikal dengan pihak industri bagi menambah kemahiran yang ada," katanya.

Beliau berharap melalui sokongan dan dorongan yang diberikan oleh pelbagai pihak sempena penganjuran Karnival Kerjaya PRS2K mampu meningkatkan usaha pelajar mencapai matlamat lebih cemerlang.

Memupuk jati diri, patriotisme

UTUSAN : 02/11/2010

Pengumuman Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa pelajar mesti lulus subjek Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) amat tepat pada masanya. Dalam gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir kini sememangnya amat mendambakan rakyat yang patuh dan taat kepada negara serta bangsa Malaysia. Ini hanya mampu dicerna serta diterapkan melalui pendidikan sejarah.

Kurikulum dan sukatan pelajaran sejarah sedia ada sudah cukup menepati hasrat dan wawasan yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Antara matlamat utama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Sejarah ialah melahirkan insan yang mantap jati diri serta keutuhan kesetiaan kepada negara dan bangsa Malaysia. Ini selaras dengan matlamat utama subjek Sejarah sebagai pendukung utama pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda.

Penekanan juga diberikan kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional. Melalui pemahaman dan penghayatan sejarah jatuh bangun negara, akan dapat memperkasa keperibadian bangsa Malaysia tercinta.

Namun, daripada aspek pelaksanaanya masih lagi di tahap yang kurang memberangsangkan. Ini disebabkan pelajar kurang mempunyai kesedaran, malah menganggap subjek Sejarah tidak penting lantaran dianggap tiada nilai-nilai komersial yang mampu memberi kesenangan dan kemewahan hidup.

Terdapat banyak kajian ilmiah yang dijalankan menunjukkan bahawa rata-rata pelajar tidak berminat untuk mempelajari sejarah.

Justeru keputusan menjadikan subjek Sejarah sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM dianggap memberi nafas baru kepada hasrat dan aspirasi negara melahirkan generasi yang perkasa jati diri, mempunyai perasaan cinta yang mendalam terhadap tanah air.

Rasional kepada keputusan tersebut juga adalah selaras dengan Wawasan 2020 yang menyarankan Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan kita sendiri. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan sejarah negara serta hubung kaitnya dengan perkembangan dunia luar bagi mempersiapkan diri untuk berhadapan dan berdaya saing dengan dunia luar.

Pendidikan sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rujukan kesedaran kebangsaan serta persefahaman kalangan pelbagai bangsa, seterusnya persefahaman antara bangsa. Ini diterjemahkan melalui objektif yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah iaitu menyusur galur sejarah diri dan keluarga, memahami asal-usul dan perkembangan masyarakat dan negara, pembangunan ekonomi,sistem pentadbiran dan hubungan dengan negara luar.

Beberapa perkara perlu diberi perhatian bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah yang berkesan dan mencapai matlamat yang dinyatakan. Antaranya ialah pihak Kementerian Pelajaran perlu menambah bilangan waktu P&P subjek Sejarah dari tiga waktu kepada lima waktu seminggu. Peruntukan waktu sedia ada tidak cukup dan sukar untuk melaksanakan P&P Sejarah dengan berkesan. Waktu yang terhad inilah yang mengekang guru-guru Sejarah melaksanakan pengajaran dengan baik, lebih-lebih lagi apabila hendak membimbing pelajar menjalani pembelajaran bersifat inkuiri atau penyiasatan.

Saya juga cadangkan supaya guru-guru sejarah ditambah bagi menjamin pelaksanaan P&P Sejarah dapat dilaksanakan secara berkesan di samping akan mengurangkan beban tugas guru-guru Sejarah. Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan drastik dengan menambah bilangan pengambilan guru-guru pelatih opsyen sejarah di institusi pengajian tinggi dengan segera.

Saya juga amat bersetuju dengan pandangan yang dilontarkan oleh saudara Ahmad Fadzil Mat Min melalui rencana dalam Utusan Malaysia bertarikh 29 Oktober 2010 dengan tajuk 'Mahu subjek Sejarah syarat wajib kemasukan ke IPTA. Malah saya mencadangkan supaya diwajibkan bagi Kemasukan ke IPTS juga.

Pihak kementerian Pengajian Tinggi juga perlu menetapkan elemen pengajian Sejarah diwajibkan sebagai syarat wajib untuk mendapat ijazah di IPTA dan IPTS.

Kesungguhan Kementerian Pelajaran untuk memupuk generasi akan datang yang mempunyai jati diri dan semangat patriotik yang mendalam terhadap Malaysia tergalas di bahu guru-guru Sejarah. Dengan adanya pengetahuan dan kesedaran sejarah akan menjadi asas penting ke arah mewujudkan dan memperkasa perpaduan kaum di Malaysia, seterusnya merealisasikan konsep 1Malaysia idaman Perdana Menteri.

Norrizan Seman

Tanjung Malim, Perak

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011