Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Wednesday, May 5, 2010

Usahakan pengkomersialan R&D

Usahakan pengkomersialan R&D

KUALA LUMPUR 29 April - Institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini mesti meningkatkan pengkomersialan kajian dan pembangunan (R&D) serta mewujudkan hubungan akrab dengan pihak industri bagi menggalas peranan kritikal untuk menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, usaha pengkomersialan hasil penyelidikan boleh ditingkatkan melalui daya keusahawanan dengan mewujudkan anak-anak syarikat universiti selain pemindahan teknologi dan pelaburan pihak industri dalam projek R&D.

"Kita mahu wujud golongan jutawan di kalangan pensyarah yang berjaya mengkomersialkan hasil produk R&D berasaskan paten dan bukan sekadar menempatkan artikel penyelidikan mereka di dalam jurnal berimpak tinggi.

"Sehubungan itu, semua ini memerlukan satu kerangka pemikiran yang betul termasuk transformasi nilai, sikap dan budaya kerja yang berkualiti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Pengajian Tinggi dan MEB anjuran Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Zulkifli A. Hassan dan Pengarah Akept, Datuk Prof. Dr. Roziah Omar.

Dalam pada itu, beliau berkata, berlandaskan konteks MEB, IPT perlu memainkan peranan penting dalam mengembangkan bakat graduan bagi mencapai potensi sebenar, berfikiran kritis, berkomunikasi secara efektif serta memiliki kualiti kepimpinan yang tinggi.

Menurut beliau, kelebihan IPT melahirkan graduan berkualiti dapat mempengaruhi arus pasaran pekerjaan sekali gus mampu untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Selain itu katanya, kurikulum program yang ditawarkan di IPT perlu dinamik supaya kandungan ilmu yang diajar kepada mahasiswa sentiasa relevan dan responsif dengan keperluan semasa.

Tambah beliau, kelebihan autonomi yang diberikan dalam urus tadbir universiti perlu dilihat sebagai satu tanggungjawab untuk menjayakan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) supaya kecemerlangan sektor pengajian tinggi negara dapat dicapai menjelang 2020.

"Ini kerana saya percaya PSPTN yang menggabungkan 22 agenda kritikal (CAPs) adalah cukup komprehensif untuk memenuhi keperluan menjayakan MEB," katanya.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, IPTS perlu memainkan peranan dengan menjadikan negara sebagai pilihan utama pelajar di rantau ini bagi melanjutkan pengajian di peringkat tinggi melalui pembukaan kampus cawangan di luar negara.

Beliau berkata, usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau bukan sahaja mampu menaikkan nama dan reputasi IPT tempatan, tetapi juga berupaya mengintegrasi ekonomi di peringkat wilayah.

Dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, kerajaan telah bersetuju supaya pembiayaan pengajian ijazah lanjutan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi diteruskan bagi membolehkan graduan menyambung pelajaran di peringkat Master dan Doktor Falsafah (PhD).

"Langkah ini bukan sahaja membolehkan graduan meneruskan pengajian di peringkat pasca siswazah, tetapi juga sebagai satu usaha melonjakkan aktiviti R&D di IPT," katanya.

No comments:

Post a Comment

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011