Thursday, May 27, 2010

SIRI PERTEMPURAN 2 - PRAGMATIS


Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia

Pada 9 Mei yang lalu, bertempat di Putra Paintball Park, Desa Pinggiran Putra Putrajaya PRAGMATIS telah menganjurkan siri pertempuran paintball ke 2 dimana seramai 24 ahli bersama keluarga dan rakan-rakan telah hadir memberikan sokongan kepada program ini.

Dengan pakej RM 75 sahaja (amat puas menembak)... 14 pejuang telah menyahut cabaran pertempuran dengan kelengkapan penuh (mask, armor etc) diberikan bersama 300 pallet setiap seorang... walaupun keadaan cuaca yang tidak berapa mengizinkan namun 4 round pertempuran berjaya dilaksanakan dengan pelbagai aksi menarik dipamerkan...

Keseluruhannya program ini berjaya mempereratkan jalinan ukhwah dan memantapkan lagi teknik dan skill menembak sebagai persediaan TEAM PRAGMATIS menyertai mana-mana kejohanan selepas ini. Mungkin selepas ini kita akan mengaturkan perlawanan persahabatan Paintball dengan kelab/persatuan kakitangan dari universiti lain sebagai rekreasi.

Mewakili penganjur mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas sokongan rakan-rakan semua dalam menjayakan program anjuran PRAGMATIS. semoga sokongan ini akan berterusan dan menjadi pemangkin dalam usaha memartabatkan PRAGMATIS di masa hadapan...

TERIMA KASIH

" PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Kecemerlangan"

GAMBAR-GAMBAR MENARIK :-

Training untuk pemilihan jadi sniper PRAGMATIS

"Best!" itu saja yang mampu Zool lafaz kan selepas ditembak dalam hujan... ;)

Lapangan 1 - Hutan "Ready... Take Possition!"

"tembak kat sini boleh he he....

Shah tengah bahagikan team - Hamas... Fatah... Hamas... Fatah... bla... bla... bla....


Marshal kita hari ini... " hit / shoot then run... don't forget to hide ya..."

Game 1 : kawasan hutan serem.... he he he


Pasukan PASKAL PRAGMATIS he he he... posing jgn tak posing....


Muka Puas Shah " he he he dapat juga tembak zool he he he "


Zool serius masa "test fire" - "jaga ko shah... "


"Reload" ready semua... he he



Antara srikandi yang turut hadir memberikan sokongan - Yusrina & Wan


"Mana lah geng-geng lain tak mai lagi ni...."

No comments:

Post a Comment