Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS

Selamat Datang ke Blog rasmi Persatuan Pegawai Tadbir Dan Ikhtisas USIM atau PRAGMATIS
MOTTO : "PRAGMATIS Meneraju & Memimpin Kecemerlangan"

QUOTES

"Sebagai satu pasukan kita harus memiliki sikap percaya mempercayai, yakin menyakini dan faham memahami di antara satu sama lain." Y.Bhg Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Haji Abdul Shukor bin Haji Husin

Monday, April 19, 2010

PERTEMPUAN PAINTBALL PRAGMATIS - MERIAH DAN SENSASI

Salam Ikhlas,
Salam 1Malaysia.


Sabtu , Jam 2.30 petang, lokasi Kombat Zone Paintball (KK ClubHouse) Taman Melawati telah digegarkan dengan tembakan dan pertempuran hebat batalion PRAGMATIS.


Seramai lebih 30 ahli PRAGMATIS dan keluarga telah hadir memeriahkan program "Pertempuran Paintball Pragmatis" yang secara tidak langsung telah berjaya memupuk ikatan ukhwah dan saling mengenali ahli keluarga masing-masing.

Seramai 19 pejuang telah mendaftarkan diri dan bakal terlibat dengan pertempuran. Taklimat awal oleh 'Marshal' cukup memberikan kami maklumat asas pertempuran. Antaranya kekuatan tembakan hari ini di 'set' 260 meter per saat - sakit tu...

Tempat ni pun menarik sebab ada 'swimming pool' dan kemudahan lain lengkap seperti club house yang lain. Begitu sesuailah nak bawak famili berekriasi... ada cadangan kata boleh buat hari keluarga disini... nanti kita panjangkan ya...

PRAGMATIS begitu berbangga kerana program turut disertai wakil Sri Kandi iaitu Pn. Yusrina, Pn. Siti Nurbaya dan Cik Khadijah. 'Diam-diam cili padi' begitulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kehebatan mereka kerana ramai pejuang yang telah tumpas akibat tembakan 'defensif' oleh KD dan Pn Yus. Manakala Pn. Siti telah dikesan berbakat menjadi 'sniper' kerana berjaya menembak senyap-senyap tanpa dikesan.

Mewakili MPU, En. Zairul turut mempamerkan aksi bertenaga hinggakan mendapat jolokan 'Terminator' kerana tetap kebal dan steady walau menerima hujan tembakan daripada musuh. Ramai melaporkan kecewa kerana kecundang 'awal' hasil tembakan jarak jauh En. Zairul. PRAGMATIS mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran dan sokongan En. Zairul. Kami begitu berbesar hati...

Kami telah dibahagikan 2 pasukan iaitu team Alfa-diketuai Bro Zul dengan dan team Beta - diketuai oleh En Saiful. Setelah perbincangan strategi yg agak mengambil masa dan persiapan peralatan perang dilakukan - Amor, Marker, bullet dan mask, kami telah bergerak ke lapangan 2 dan mengambil kedudukan masing-masing. Objektif utama 'war game' kami adalah menewaskan musuh dengan tembakan selain mara kehadapan untuk menawan kawasan musuh (MENGAMBIL BENDERA).

Pada 'war game' pertama yang berlangsung hampir 18 minit, pasukan alfa telah membuat gerak gempur berani dengan bergerak pantas menyusup ke kawasan musuh. Pertempuran hebat tercetus di zon tengah dengan kedua-dua pasukan berbalas hebat tembakan.


sehinggakan pejuang barisan hadapan team Alfa telah kehabisan peluru dan menyebabkan benteng serangan terdedah kepada serangan musuh mengakibatkan team Beta terdiri dari Shah & Shahrin (pembangunan) berjaya menyusup menerusi sayap kanan dan kiri sehinggakan ramai telah tewas terkena tembakan. Akhirnya team Beta diistiharkan menang apabila berjaya menawan kubu dan mengambil bendera pasukan team Alfa.


'War game' kedua di lapangan sama menyaksikan strategi hebat telah digunakan oleh kedua-dua pasukan dengan team Alfa bermain penuh tersusun untuk menebus kegagalan pada game sebelum ini. Aksi bemula dengan tembakan hebat team Alfa terutamanya Shah, Azhar dan En. Saiful (UKK) untuk membuka ruang serangan di sayap kiri lapangan... namun hasil pergerakan tersusun dan dibantu tembakan 'sniper' hebat Pn. Siti a.k.a 'precise' telah berjaya melumpuhkan serangan hinggakan satu persatu perajurit team Beta terkeluar...


Keadaan begitu memaksa hinggakan K. Hanan (Team beta) terpaksa bertahan berseorangan kerana rakan pasukan lain telah tertewas. Akhirnya En. K. Hanan tewas angkara Akashah yang menggunakan 'hikmat halimunan' yang secara tiba-tiba berjaya menghampiri K.Hanan tanpa disedari seterusnya melepaskan tembakan jarak dekat menewaskan K.Hanan. Pertarungan hampir 22 minit ini dimenangi oleh Team Alfa setelah Syafful berjaya mengambil bendera team Beta.


'War game final' diadakan di lapangan 1 dengan keadaan agak becak akibat hujan. Hujan membawa hikmah kerana dapatlah juga kami rest kejap dan makan (disediakan pihak Kombat Zone) serta memeriksa persenjataan (tambah peluru he he he...). Pertempuran ke 3 ini berlangsung hebat kira-kira 25 minit dengan aksi berani dipamerkan pejuang kedua-dua pasukan. Kali ini tembakan lebih hebat kerana masing-masing mahu menghabiskan peluru dengan tembakan hebat ke arah kubu lawan.

Keadaan makin hebat dengan aksi 'slide' dan merangkak dalam lumpur menyebabkan pertempuran berlaku dalam jarak dekat. Keadaan sejuk turut menyukarkan pandangan kerana keadaan 'mask' yang kerap berkabus menyebabkan tembakan Pn. Siti a.k.a 'precise' kerap tersasar. Akhirnya disebabkan kerapuhan benteng pertahanan team Beta telah berjaya menyusup masuk menerusi sebelah kiri lapangan lantas menewaskan satu persatu anggota Team Alfa dan memperoleh kemenangan.

Best... menarik... hebat... mengancam... itulah antara luahan mereka yang hadir. Apa yang pasti kepada sahabat dan rakan yang telah berjuang, 'tanda & kesan' yang diperolehi hasil berjuangan pasti menggamit kembali saat-saat gembira, seronok dan perasaan 'trill' sewaktu di medan pertempuran.

Apapun pihak PRAGMATIS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang sudi hadir memeriahkan Program 'Pertempuran Paintball PRAGMATIS' kali ini. Semoga rakan & sahabat terus dapat memberikan sokongan kepada program-program anjuran PRAGMATIS.

InsyaAllah kami akan cuba mengaturkan siri pertempuran lain pada masa yang terdekat ini (mungkin bulan depan) hasil respon menggalakkan daripada rakan-rakan ahli semua.

Segala kebaikan itu datang dari Allah SWT dan segala kelemahan itu adalah dari kami. Pihak Urusetia terutama orang kuat program Zul & Hariri memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kesilapan dalam program ini. Semoga Allah mempertemukan kita lagi dalam program-program PRAGMATIS yang mendatang.

Terima kasih atas sokongan... wassalam

"PRAGMATIS Memimpin & Meneraju Perubahan"


2 comments:

  1. Wahhh....

    Ini dah boleh join team intifada ni....!

    apapun diucapkan tahniah dan syabasss... kerana berjaya menjayakan program ini..

    semoga program akan datang akan lebih menarik..

    tunggu kemunculan... Jason Bourne!!!!

    DEN.

    ReplyDelete
  2. He..he..he... "Jason Bourne" from "BENTA"

    ReplyDelete

BELAIAN JIWA

Kunci Orang Beriman.

Surah al-Anfal, ayat 2-4 yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. Orang-orang yang mendirikan sembahyang dan mendermakan sebahagian dari apa yang kami kurniakan kepada mereka. Merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan mendapat pangkat yang tinggi di sisi tuhan mereka dan keampunan serta limpah kurnia yang mulia (di syurga).”

.
Berdasarkan ayat di atas, terdapat lima (5) kunci penentu yang menjelaskan bahawa seseorang itu dianggap benar-benar beriman kepada Allah s.w.t, iaitu :

1) Apabila disebut nama Allah akan merasa gementar hati mereka.

2) Apabila dibaca ayat-ayat Allah, semakin bertambah iman mereka.

3) Sentiasa berserah diri kepada Allah s.w.t pada setiap waktu.

4) Sentiasa menjaga solatnya dan taat kepada semua perintah Allah s.w.t.

5) Apabila dikurniakan rezeki oleh Allah, maka dibelanjakan ke jalan yang diredai Allah s.w.t.


Popular Posts

PROGRAM DILAKSANAKAN 2011/2012


PROGRAM KEBANGSAAN / ANTARABANGSA
1. Lawatan Intelek Ke Prince Of Songkla, Thailand : 16-19 Julai 2011
2. Program Sumbangsaran Intelektual Kebangsaan IPTA "Trasformasi Kecemerlangan Skim Pentadbiran IPTA" di USIM, Nilai : 23 Mac 2012

PROGRAM SEMARAK KEKITAAN PRAGMATIS
1. Majlis Hi-Tea PRAGMATIS Bersama Pendaftar, Alson Hotel, Nilai : 6 Julai 2011